Isu PKNS: Penasihat Ekonomi 'Seringgit' Lebih Berkuasa Dari Menteri Besar

anwar-azmin-pkns

PETALING JAYA - Kedudukan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu dikekalkan memandangkan keputusan untuk tidak melanjutkan jawatannya itu, tidak mengikut prosedur.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bidang kuasa dalam menentukan lantikan lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu terletak di bawah bidang kuasa menteri besar dan Exco, bukannya pengurusan PKNS.

"Kalau mengikut peraturan, ia (pelucutan) tidak boleh berlaku, ia hanya dengan kuasa menteri besar atas kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).

"Saya nasihatkan menteri besar agar kedudukan Azmin Ali dikekalkan kerana pelucutan itu tidak mematuhi prosedur dalam mengambil sebarang keputusan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan keputusan tidak melantik semula Azmin telah diputuskan oleh pihak pengurusan PKNS bukan daripada pihaknya.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini, PKNS menyanggah kenyataan Abdul Khalid dan memberitahu   surat mereka kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

Mengulas perkara sama, Anwar menambah, sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pemecatan itu.

"Tiada surat yang sampai pada saya. Pengurus besar tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir mana-mana lembaga pengarah, mengikut peraturan ia tidak boleh berlaku.

"Keputusan hanya boleh dibuat oleh oleh Exco dan Menteri Besar (Abdul Khalid). MB kata die tidak arah, jadi ada percangahan di situ," katanya lagi.

Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.