Tebuan Gergasi Serang Penduduk Hingga Mati

tebuan-gergasi-serang

Shaanxi: Tebuan memiliki sengat yang boleh membunuh dilaporkan menyebabkan penduduk di barat laut China ketakutan.

Seramai 41 sudah terkorban kerana sengatan tebuan itu manakala 1,675 lagi cedera dengan daerah Ankang kawasan utama serangan.
Antara 2002 hingga 2005, 36 penduduk maut kerana sengatan tebuan spesies 'vespa mandarinia' yang lebih besar serta 'vespa velutina.'

Angka kematian dalam tempoh singkat itu tahun ini menyebabkan pegawai tempatan menyifatkannya sebagai satu ancaman besar.

Seorang penduduk, Chen menunjukkan tempat rakannya, Yu Yihong, disengat tebuan itu di batas tanaman kobis, jagung dan daun bawang.

Spesies terbesar dunia

“Apabila dia sampai di hospital, masih ada dua tebuan dalam seluarnya. Racun sengat tebuan itu kuat hingga hati dan buah pinggangnya tidak berfungsi,” kata Chen.

Vespa mandarinia adalah spesies tebuan yang terbesar di dunia, sebesar ibu jari orang dewasa, berwarna kuning, hitam dan sangat berbisa.

Mangsa boleh mati kerana kegagalan buah pinggang atau kejutan.

Penduduk tempatan dan pakar menyalahkan kematian pada tahun ini ke atas perubahan iklim apabila cuaca menjadi lebih panas daripada biasa, membolehkan sebilangan besar tebuan untuk terus hidup musim sejuk.

Pegawai di Jabatan Kawalan Perosak Hutan Biro Ankang, Huang Ronghui, menyenaraikan pelbagai kemungkinan lain.

Antaranya, tebuan itu mungkin terganggu kerana musim yang kering lebih lama selain kehadiran penduduk berdekatan sarang mereka.

“Selain daripada itu, tebuan tertarik kepada warna-warna terang, bau peluh, alkohol dan benda manis. Mereka juga sensitif kepada pergerakan seperti orang dan haiwan berlari,” katanya.

AGENSI
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.