Wanita Guna Serbuk Cili Rompak Kedai Emas

rompak-kedai-emas

Ratchaburi: Anggota polis menahan seorang wanita selepas menggunakan serbuk cili untuk merompak sebuah kedai emas di sini, wilayah tengah Thailand.

Jenayah pelik itu berlaku di kedai emas Sukanya yang terletak di sebuah pasar sibuk.
 
Pemilik kedai, Napassorn Thanakhumkitti, 62, berkata Jennisa Jirawej, 35, menyamar sebagai pelanggan mahu membeli sepasang rantai emas.

Napassorn berkata, wanita itu menghabiskan masa yang agak lama untuk memutuskan sama ada membeli atau tidak.

Curah serbuk cili

Dia juga meminta untuk melihat lebih banyak rantai sebelum mencurah serbuk cilik ke mata Napassorn sambil mengambil lima rantai emas berharga 205,000 baht (RM20,500) dan lari keluar kedai.

Meskipun pedih mata, Napassorn menjerit meminta tolong dan sekumpulan orang berjaya menahan Jennisa.

Wanita itu kemudian mengaku salah dan memberitahu polis terdesak melakukannya kerana tidak ada pekerjaan selain mahu menjual rantai itu untuk membayar wang pinjaman along sebanyak 60,000 baht (RM6,000).

Katanya, dia mencari kedai emas yang hanya ada seorang pekerja dan membawa cili yang dijualnya di pasar itu untuk digunakan.
AGENSI
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.