Ada pihak dikesan cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu
pemindahan kubur orang Islam dan jirat masyarakat Cina di Pengerang
sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk di situ.
Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor Elias Hasran berkata hasil pertemuan di kalangan masyarakat Islam dan Cina di situ mendapati hanya segelintir sahaja yang membantah pemindahan itu.
Beliau berkata sebelum ini terdapat bantahan di kalangan masyarakat Islam untuk pemindahan kubur kerana menyangka ia akan dipindahkan di kawasan berpaya sedangkan itu tidak benar.
Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor Elias Hasran berkata hasil pertemuan di kalangan masyarakat Islam dan Cina di situ mendapati hanya segelintir sahaja yang membantah pemindahan itu.
Beliau berkata sebelum ini terdapat bantahan di kalangan masyarakat Islam untuk pemindahan kubur kerana menyangka ia akan dipindahkan di kawasan berpaya sedangkan itu tidak benar.
"Pada pandangan kita yang bantah hanya segelintir dan hasil dialog yang diadakan didapati sebahagian besar menyokong kuat projek yang kita jalankan ini...ada yang menentang kerana terdapat elemen politik cuba ganggu pelaksanaannya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat khas bersama media berhubung perkembangan semasa projek minyak dan gas Pengerang di sini hari ini.
Taklimat itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) Mohd Yazid Jaafar dan Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor Azmi Rohani.
Elias berkata isu berhubung pemindahan kira-kira 1,545 kubur orang Islam untuk memberi laluan kepada projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) dan Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan baik.
Ia hasil perbincangan penduduk lima kampung terlibat dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor iaitu Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sebong, Kampung Jawa Laut dan Kampung Jawa Darat, katanya.
Beliau berkata perkuburan baharu terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan penempatan baharu di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan pemindahan dijangka dilaksanakan dalam tempoh empat bulan mulai awal Oktober depan.
Sementara itu, katanya proses perbincangan bagi pemindahan 3,700 jirat Cina ke kawasan seluas 23.4 hektar di Bukit Gelugor dijangka selesai tidak lama lagi.
Elias berkata kerajaan negeri telah melantik konsultan yang mahir dalam bidang tersebut dan akan dipantau oleh lima persatuan kaum Cina untuk memastikan ia benar-benar mengikut agama dan budaya masyarakat Cina.
"Kawasan baharu itu di kawasan berbukit dan kerja-kerja pemindahan dijangka dimulakan pada Mac tahun depan.
"Ini bukan merupakan kali pertama kita memindahkan jirat Cina kerana sebelum ini pun kita pernah melakukan perkara yang sama untuk pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), jadi saya hairan kenapa kali ini ia dipolitikkan," katanya - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.