KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres
di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat
‘tiga dalam satu’ urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130,
walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara
berkeluarga.
Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa
dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak
pernah diserbu pihak berkuasa.
Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.
Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.
Sumber: Metro Ahad
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.