Kuala Lumpur: Seorang gadis lepasan institut pengajian tinggi (IPT)
bukan hanya disamun, malah turut dirogol ketika menghadiri temu duga di
Taman Segar, Cheras, dekat sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu ketika mangsa berusia 22 tahun menghadiri temu duga sebagai jurujual di sebuah hotel murah di taman perumahan itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu ketika mangsa berusia 22 tahun menghadiri temu duga sebagai jurujual di sebuah hotel murah di taman perumahan itu.
Janji gaji RM400 sehari
Hasil siasatan mendapati mangsa mengetahui tawaran kerja sebagai jurujual melalui satu laman web, yang menjanjikan gaji RM400 sehari, tidak termasuk faedah lain.
Beliau berkata, kejadian itu yang kedua dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, menggunakan modus operandi sama, selepas kes pertama dilaporkan akhir Julai lalu membabitkan mangsa berusia 23 tahun.
Kita tidak menolak kemungkinan kedua-dua kes ini didalangi suspek sama. Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek, katanya.
Berikutan itu, Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 (sambungan 167).
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan, katanya.
Kaburkan muka camner org nak kesan.. haprak punya media... nak org tolong tp camner..
BalasPadamCCTV murah...mcm tu le...
BalasPadam