Negara Berdepan Masalah Besar Jika Memilih Pembangkang Jadi Kerajaan

Tun M dalam satu kenyataan yang dipetik dari laporan Bernama telah membayangkan bahawa negara bakal berdepan dengan masalah besar jika rakyat mengambil risiko dengan memilih Pakatan Pembangkang sebagai kerajaaan pada pilihan raya umum akan datang.

Kebimbangan yang disurakan oleh Tun M itu memang ada wajarnya jika dilihat dari situasi pergolakan politik yang sedang berlaku dalam gabungan Pakatan Pembangkang yang di wakili DAP, PKR dan PAS.

Walau secara dasarnya ketiga-tiga parti politik dalam gabungan Pakatan Pembangkang itu kelihatan seakan bersatu apabila mendepani isu yang melibatkan seteru politknya, namun jauh di sudi hati prmimpin masing-masing, mempunyai perasaan iri hati, hasad dengki dan saling memperguna antara satu sama lain.

Contoh paling jelas yang dapat kita lihat dari dulu hingga ke hari ini ialah perbalahan antara PAS dan DAP dalam isu Hudud yang mana tiada kesudahanya melainkan kedua-dua pemimpin yang bertelagah ini 'kembali' bertemu Tuhanya.

Tun M turut melahirkan kenyakinanya bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugas yang diamanhkan serta mampu menepati segala janjinya demi kesejahteraan rakyat. Dalam erti kata lain, Tun M meramalkan BN akan perloleh mandat baru mentadbir kerajaan selepas PRU13 berakhir.

Dalam pada itu juga, Tun M turut menegaskan kepada Barisan Nasioanal agar bekerja dengan lebih keras bukan sahaja untuk memastikan Putrajaya terus kekal ditangan BN, malah sokongan mejoriti atau mandat yang kuat dari rakyat amat diperlukan agar segala usaha pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan.

Turut di ingatkan juga kepada rakyat supaya tidak membuat pilihan yang salah, kerana sebarang kesilapan yang dibuat itu akibatnya bakal ditanggung oleh rakyat sendiri. Oleh itu, disaran kepada rakyat Malaysia agar tidak memilih Pakatan Pambangkang pada pilihan raya umum akan datang jika kita tidak mahu Malayasia menerima nasib serupa seperti di negara jiran yang mana sering berlaku kekacauan dan huru-hara malah sampai ada mengorbankan nyawa.

Inikah yang rakyat mahu? - Jering Daily
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.