Strategi Kantoi!! Kerajaan Selangor Batal Hasrat Laksana Pilihan Raya Berasingan


Khalid Ibrahim memang pandai melawak. Nak tergelak penulis setelah membaca kenyataan media Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berhubung isu pilihan raya berasingan yang dirancang Pakatan Pembangkang di peringkat DUN Selangor.

Akhirnya, Khalid Ibrahim terpaksa mendedahkan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim selama ini yang beria-ia ingin melakukan pilihan raya berasingan di negeri yang ditadbir Pakatan terutama sekali di Selangor hanyalah strategi parti sahaja. Maknaya masih belum ada lagi kata sepakat antara ketiga-tiga parti yang menerajui Pakatan Pembangkang untuk mengadakan pilihan raya peringkat negeri secara berasingan atau serentak.

 "Kita tengoklah pada strategi, ada baiknya kita buat pilihan raya berasingan... namun ikutlah pada keperluan...jika pilihan raya di buat pada 8 Mac tahun depan, tidak bolehlah kita nak buat pilihan raya berasingan.

"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah,"- Khalid Ibrahim

Jika difikirkan kembali, hak dan kata pemutus untuk membubarkan Perlimen terletak di tangan Perdana Menteri seteleh mendapat perkenan Yang diPertuan Agong. Serupa juga di Selangor, biar pun Menteri Besar mempunyai kuasa untuk membubarkan sidang DUN, namun ia memerlukan persetujuan daripada pihak Tuanku Sultan Selangor terlebih dahulu, baru lah pilihanraya diadakan selagi ia tidak melebihi mandat yang diberikan.

Mahu tidak mahu, negeri yang ditadbir Pakatan seperti Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang hanya  mempunyai dua pilihan sahaja, samada mengadakan pilihan raya peringkat negeri (DUN) lebih awal atau melakukan pilihan raya selepas tarikh akhir pilihan raya peringkat pusat.

Segala teka-teki yang dimainkan oleh kerajaan Pakatan Selangor berhubung isu pilihan raya umum peringkat DUN seakan sudah terjawab dari kenyataan Menteri Besar Selangor ini. Penulis menjangkakan pilihan raya peringkat negeri Selangor akan diadakan serentak bersama pusat. Strategi Najib Razak yang masih berahsia menganai tarikh sebenar pilihan raya umum ke-13 telah membuatkan Pakatan Pembangkang terpaksa befikir banyak kali dan mengubah strategi parti sebelum menyatakan hasrat ingin mengadakan pilihan raya secara berasingan..
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.