Ambil Pekerja Lelaki, 100 Kedai Jual Pakaian Dalam Wanita Diarah Tutup


Riyadh: Kementerian Buruh Arab Saudi mengarahkan sekurang-kurangnya 100 kedai pakaian dalam di ibu negara supaya ditutup kerana mengambil lelaki sebagai sebahagian pekerjanya, lapor akhbar di sini semalam.

Akhbar Al-Eqtisadiah memetik seorang pegawai kementerian sebagai berkata, semua kedai yang melanggar peraturan menetapkan pekerjaan tertentu hanya membabitkan jantina khusus akan ditutup.

Langkah yang diambil menutup kedai terbabit bertujuan mewujudkan keadaan lebih selamat bagi wanita yang bekerja, katanya.
 
Pada awal tahun ini, kementerian berkenaan melarang jurujual lelaki bekerja di kedai pakaian dalam wanita diikuti dengan perintah bahawa hanya wanita boleh menjual alat kosmetik di kedai mekap.

Kurangkan kadar penganggur

Pada Jun 2011, pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah mengumumkan peraturan bahawa hanya wanita tempatan boleh bekerja di kedai pakaian.

Ia bertujuan mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan wanita Arab Saudi yang dianggarkan 30 peratus.

Pihak berkuasa Arab Saudi melarang pergaulan di kalangan wanita dan lelaki bukan muhrim yang dianggap antara faktor menyebabkan ramai wanita tidak diambil bekerja di banyak sektor.

Dalam perkembangan lain, wanita Arab Saudi dibenarkan bertanding dalam pilihan raya tempatan mengikut syarat sama dengan lelaki.

Akhbar Al-Watan memetik pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Perbandaran dan Tempatan sebagai berkata:

Semua syarat seperti dikenakan kepada lelaki juga sama kepada wanita yang mahu bertanding, kata Pengarah Hal Ehwal Majlis Perbandaran di kementerian berkenaan, Jidaie bin Nahar Al-Qahtani.

Katanya, sistem yang diamalkan majlis perbandaran tidak membezakan antara lelaki dan wanita dari segi penyertaan mereka dalam pengundian - Agensi - Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. macam2...

    salam, tengs drop by my blog n following mine, dtg sini nak follow balik...nice blog!!

    BalasPadam
  2. Hеllo! Dο you knоw іf theу mаke any plugins to
    asѕіst wіth SЕO? I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seеіng
    very good gаins. If you know of аny рlease shаrе.

    Thanκs!
    Feel free to visit my web-site - pikavippii

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.