Peranan SPRM sebagai sebuah badan bebas yang diberi tanggungjawab untuk membasmi kes rasuah dan membentras isu penyelewengan yang berlaku dalam negara ini nampaknya seperti sudah dipengaruhi oleh pihak tertentu yang berkepentingan.
Seperti yang dinyatakan oleh Mursidul Am TIBAI dalam klip video di bawah yang mendakwa pihak SPRM kini seperti sudah menjadi alat perkakas kepada pemimpin Pakatan Pembangkang seakan ada benaranya jika dilihat dari tindakan yang diambil oleh pihak SPRM terhadap kes-kes rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang ada melibatkan pemimpin Pembangkang.
Terdapat banyak kes penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan pemimpin Pembangkang seperti kes Azmin Ali dan isteri yang mempunyai kekayan luar biasa, kes sogok wang kepada Senator Tengku Abd Aziz yang melibatkan pemimpin DAP serta salah guna kuasa yang melibatkan MB Selangr bersama Setpolnya terus didiamkan begitu sahaja pihak SPRM tanpa sebarang tindakan.
Tetapi, apa yang lebih menghairankan dan menimbulkan tanda tanya, macam mana pihak SPRM dan pegawainya boleh begitu pantas sekali melakukan siasatan terhadap beberapa kes yang melibatkan menteri seperti kes NFC, serta merampas fail-fail sulit milik sebuah syarikat yang mendapat projek MRT di Ampang dengan hanya berpandukan kepada sidang akhbar yang dibuat oleh Pembangkang sedangkan pada masa itu tiada sebarang laporan rasmi dibuat.
Adakah segala tindakan pantas yang dilakukan pihak SPRM terhadap kes-kes ini, bertujuan untuk membantu Pembangkang dengan mendedahkan maklumat sulit yang dirampas itu agar boleh dijadikan modal atau diputarbelit untuk tujuan memburuk-burukan Kerajaan atau individu tertentu. Begitu kah?
Adakah segala tindakan pantas yang dilakukan pihak SPRM terhadap kes-kes ini, bertujuan untuk membantu Pembangkang dengan mendedahkan maklumat sulit yang dirampas itu agar boleh dijadikan modal atau diputarbelit untuk tujuan memburuk-burukan Kerajaan atau individu tertentu. Begitu kah?
Rakyat beri amanah utk kita jalankan, tunaikanlah, andai kita rasa tidak mampu utk lakukan, berikanlah kpd org lain yg mampu lakukan.
BalasPadam