KETIKA Kerajaan Persekutaan berusaha mengelak kemungkinan berlaku
krisis kekurangan bekalan air, termasuk membuat perancangan membina loji
rawatan air Langat 2 (LRA2), Kerajaan Selangor pula mengenakan beberapa syarat.
Walaupun kedua-dua pihak sering berjumpa untuk berbincang tentang
perkara penting itu, namun tiada kemajuan dicapai berikutan pendirian Kerajaan
Selangor.
Dalam menghadapi keadaan ini, Kerajaan Persekutuan bertindak
segera untuk memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan. Tawaran tender bagi
membina loji rawatan air Langat 2 telah dikeluarkan dan akan ditutup pada 20
September.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang
mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Air Selangor,
mengumumkan Sabtu lepas bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek
Langat 2 demi kesejahteraan rakyat.
Susulan kepada pengumuman itu, Kerajaan Negeri mengulangi
pendiriannya untuk meminta Majlis Perbadaran Kajang (MPKj) mengambil tindakan
terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan itu.
Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi
pembinaan loji itu kerana berpendapat krisis air tidak akan berlaku dan isu air
tanpa Hasil atau kebocoran saluran paip, perlu diatasi teriebih dahula
Bagaimanapun, satu penyelesaian bersifat menangmenang terhadap
krisis air mungkin tercapaL Sumber yang rapat dengan projek Langat 2 berkata,
penyelesaian boleh dicapai dengan menyerahkan operasi merawat air dan kontrak
penyenggaraan kepada sebuah entiti milik Kerajaan Negeri, sama seperti dilakukan
bagi loji rawatan air Sungai Labu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah
Kui membayangkan Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama
dengan Kerajaan Negeri
Peter Chin berharap, Kerajaan Negeri dapat melihat manfaat
mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan Langat 2 kerana ia mampu
menangani ramalan bahawa akan berlaku peningkatan penggunaan air oleh isi rumah
dan industri di Lembah Klang.
Katanya, tender bagi projek Langat 2 dijangka dimuktamadkan pada
November dan Kerajaan Persekutuan bersikap terbuka dalam mencari penyelesaian
demi kesejahteraan rakyat.
Pihak berkuasa di Selangor juga menuntut agar langkah diambil
untuk menyusun semula empat syarikat terlibat dengan penyelenggaraan dan
operasi loji rawatan air sedia ada dan sebuah syarikat yang terlibat dengan
penyaluran air, dilaksanakan teriebih dahulu, sebelum kelulusan Lariat 2
diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Memandangkan sesetengah pihak berkenaan memegang konsesi jangka
panjang hingga melebihi tahun 2020, rundingan mungkin berlarutan dan sekali gus
menambah kelewatan untuk mencapai penyelesaian terhadap krisis air yang diramal
berlaku pada 2016.
Mereka yang menentang pembinaan Langat 2, yang dianggar melibatkan
kos RM6.2 bilion, termasuk bagi pemasangan paip untuk menyalurkan air dari
Pahang, mencadangkan agar air disalurkan dari Tasik Kenyir, Terengganu.
Sekiranya cadangan ini diterima, kos projek berkenaan dianggarkan
boieh mencapai RM113 bilion – Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.