Sedar Akan Kalah, PKR Selangor Terpaksa Cipta Persepsi Buruk Untuk Tutup Kelemahan

JITRA: Hasrat kerajaan negeri Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum dipercayai bertujuan menimbulkan persepsi buruk terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung pembersihan daftar pemilih.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau percaya persepsi buruk itu sengaja dicipta kerana sedar mereka tidak mampu mempertahankan kemenangan pada pilihan raya umum 2008.

"Mereka tahu mereka akan kalah dalam pilihan raya nanti dan sebelum kalah mereka mencipta satu persepsi bahawa kekalahan itu disebabkan kononnya BN bermain kotor dengan mewujudkan pengundi yang tidak dibersihkan," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum akan datang.

Katanya kerajaan PKR Selangor membuat kerja tidak berfaedah dengan membangkitkan isu berhubung pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).-BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.