9 Cara Bangkitkan Perasaan Gembira Saat Bekerja

Bukan mudah menciptakan ruang bahagia apabila tiba kepada kerja. Sebut sahaja kerja, mulalah rasa tekanan. Walau apa pun perasaan itu, sebagai pekerja, tanggungjawab itu perlu dipikul. Untuk merialisasikan cara kerja yang baik, perasaan ikhlas dan gembira perlu ada. Perbaharui minat dan rutin anda. Bagaimana? Ikuti panduan di bawah:

1. Perancangan
Stabilkan jadual masa anda. Baik untuk hujung minggu mahupun pada hari-hari biasa. Perancangan begini membolehkan anda mendapagkan minggu yang lebih produktif setiap masa.

Mulakan hari anda 15 minit lebih awal untuk membuat perancangan yang telah ditetapkan. Senaraikan tiga perkara paling penting perlu dilakukan untuk hari tertentu dan tetapkan matlamat anda. Fokus dan kecapinya!

2. Timbulkan persoalan
Sebaris ayat mampu mengubah segalanya. Lekatkan reminder pada tempat paling mudah untuk anda lihat dengan ayat "Adakah aku menggunakan masa yang ada dengan baik?"

3. Menerima kenyataan
Kesempurnaan adakalanya sukar dicapai. Terimalah kenyataan sekiranya perancangan anda tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Jangan rosakan mood hanya kerana matlamat anda tidak tercapai. Sebaliknya, cuba usahakan perancangan seterusnya pula.

4. Tutup komputer anda!
Jangan salah sangka. Tutup komputer tidak bermakna anda tidak boleh melakukan kerja lagi. Beri masa jnguk masa anda rehat secukupnya untuk mengembalikan kesegaran. Peruntukkan masa untuk membuat kerja di dalam komputer supaya anda tidak kelihatan lesu.

5. Buka e-mail kemudian
Pada sesetengah orang, e-mail menjadi satu keutamaan dalam urusan kerja. Namun, jika tidak, hadkan penghantaran e-mail kurang dari lima penghantaran supaya anda tidak terlalu terikat dengan satu perkara sahaja.

6. Gugurkan perkara tidak penting!
Pasti di dalam senarai kerja anda ada perkara yang tidak penting. Gugurkan atau asingkanya.

7. Pilih kegembiraan
Untuk bekerja dengan lebih produktif, tidak semestinya anda perlu  serius sepanjang masa. Senyum tidak bermakna anda tidak berusaha keras. Ghairah bekerja tidak bermakna anda bukan seorang pesaing.

Berfikiran positif tidak bermakna anda takutkan cabaran. Pilih untuk berasa gembira sewaktu bekerja. Cari rakan yang anda boleh kongsi perasaan ini bersama agar perasaan gembira itu boleh tersebar. Elakkan gosip dan perbualan nagatif!

8. Kongsi pencapaian anda
Bukan untuk bermegah tetapi perkongsian mengenai kejayaan atau pencapaian anda bersama rakan sekerjz bukan hanya boleh menciptakan kebahagian kepada anda malah memberi motivasi kepada teman lain.

9. Berfikiran kreatif
Adakah kerjaya anda membosankan? Guna kreativiti anda mencari cara bagaimana untuk menambahkan keseronokan dalam tugasan anda. Mungkin anda boleh cuba mengubah ruti harian asalkan inputnya sama atau lebih produktif.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.