Olimpik Badminton: Gandingan China, Korea Dan Indonesia Didakwa 'Main Untuk Kalah’
Lapan pemain badminton beregu wanita dibatalkan penyertaan mereka dalam Olimpik London semalam selepas sengaja ‘bermain untuk kalah’ dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk mendapat undian lebih mudah di suku akhir.
Persekutuan Badminton Dunia mengumumkan keputusan itu selepas menyiasat pasangan China, dua beregu dari Korea Selatan serta satu pasangan Indonesia. Mereka didakwa kerana 'tidak berusaha dengan kemampuan sebenar untuk memenangi perlawanan' dan 'mencemari nama baik sukan' dalam perlawanan masing-masing kelmarin.
Bagaimanapun, masih belum jelas sama empat beregu berkenaan akan kekal beraksi dalam kelompok suku akhir atau pertandingan akan terus bersambung di peringkat separuh akhir.
Lapan pemain yang dihukum ialah juara dunia, Wang Xiaoli dan Yu Yang, lawan mereka dari Korea Selatan, Jung Kyun-eun dan Kim Ha-na serta Ha Jung-eun dan Kim Min-jung dan pasangan Indonesia, Meiliana Jauhari dan Greysia Polii.
Pasangan terbabit bagaimanapun menyalahkan format baru pertandingan di mana sebelum ini ia dijalankan secara kalah mati tetapi pada temasya kali ini BWF menukar kepada sistem kumpulan.
Salam Tuan,
BalasPadamBlog tuan telah dipautkan, terima kasih :)
Selamat bersahur..
Salam,
PadamTerima kasih..