Kerajaan Persekutuan telah membuat
perkiraan sejak beberapa tahun lalu bahawa Lembah Klang akan mengalami
krisis air pada tahun 2014. Semuanya kerana seperti yang semua sedia
maklum setiap hari jumlah penduduk Lembah Klang makin meningkat ,
perindustrian semakin pesat dan bilangan rumah-rumah juga semakin
meningkat.
Menyedari masalah yang akan timbul dan
tidak mahu krisis air seperti tahun 1998 berulang kerana ianya boleh
menjejaskan kehidupan seharian rakyat serta boleh menjejaskan ekonomi
negara, maka kerajaan telah mengambil langkah segera pada masa itu
dengan rancangan untuk membina sebuah loji rawatan air yang baru di Hulu
Langat yang dinamakan Loji Langat 2.
Bagaimanapun usaha Kerajaan Persekutuan
terencat selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor
pada PRU 12 tahun 2008. Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim yang
memerintah Selangor cuba menghalang pembinaan Loji Langat 2. Bukan
setakat menghalang, malah keseluruhan anggota Exco nya dikerah untuk
mengelirukan rakyat Selangor dan Malaysia berhubung krisis air yang
bakal berlaku.
Mereka cuba kelirukan rakyat dengan mengatakan krisis air tidak akan berlaku kerana Selangor mempunyai air yang cukup.
Pertengahan bulan Julai, Ronnie Liu
membawa sekumpulan wartawan berkunjung ke empangan-empangan yang
menyimpan air untuk kegunaan rakyat Lembah Klang dan menunjukkan kesemua
empangan penuh dengan air. Sila lihat di sini.
Khalid Ibrahim juga pernah menyatakan hasrat untuk menggunakan air lombong sebagai alternatif jika sungai kekurangan air.
Mereka cekap bermain politik untuk
mengelirukan rakyat. Apa yang ditunjukkan oleh Ronnie Liu dan apa yang
diperkatakan oleh Khalid Ibrahim bukan fakta yang sebenar.
Rakyat dan industri memerlukan air yang
telah dirawat atau pun dipanggil air bersih. Tiada rakyat yang sanggup
gunakan air dari lombong atau empangan tanpa dirawat. Begitu juga dengan
industri. Tiada kilang yang sanggup gunakan air mentah atau yang belum
dirawat untuk industri mereka. Semuanya memerlukan air bersih.
Masalah yang bakal dihadapi oleh
penduduk Lembah Klang pada tahun 2014 bukannya masalah air mentah.
Sebaliknya masalah air bersih. Loji memainkan peranan yang penting dalam
usaha untuk merawat atau memproses air mentah.
Masalah yang timbul kini adalah masalah
loji. Jika tidak diatasi dengan segera pada tahun 2014 penduduk dan
pemain industri Lembah Klang akan menghadapi masalah untuk menggunakan
air.
Air bukannya isu besar di Malaysia
kerana negara kita sering menerima hujan. Masalah yang besar adalah
masalah loji pemprosesan air. Tidak kira air hujan, air lombong, air
sungai atau air empangan, semuanya memerlukan loji untuk merawat air
sebelum disalurkan kepada pengguna.
Pada masa ini di Hulu Langat terdapat
sebuah loji pemprosesan air utama ( Loji Sungai Langat) yang membekalkan
air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat, Petaling Jaya,
Kuala Lumpur, Cheras , Kajang dan Balakong.
Khamis petang penulis telah diberikan
kesempatan untuk melawat Loji Sungai Langat dan telah diberi penerangan
oleh pihak Puncak Niaga berhubung operasi loji berkenaan. Rombongan
melawat loji berkenaan diketuai oleh Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat
Selangor , Datuk Sohaimi Shahadan. Tujuan lawatan adalah untuk kami
mengetahui dan lebih memahami keadaan yang sebenar.
Ternyata tohmahan yang dilemparkan oleh
Kerajaan Selangor bahawa Puncak Niaga dan Syabas berkomplot mengurangkan
bekalan air untuk kegunaan penduduk Lembah Klang bagi tujuan
kepentingan politik BN adalah dusta semata-mata.
Loji Sungai Langat yang ada sekarang
dibina pada tahun 1971. Ianya direka bentuk untuk memproses dan merawat
386 juta liter air sehari. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini
loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari.
Peningkatan tersebut disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat
dari pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses
akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa
meninggalkan seliter pun bakinya.
Akibat dari pemprosesan yang melebihi
kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam
keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang
ada. Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan
Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah
Klang pulang ke kampung halaman. Itu pun sekadar 2 mesin sahaja yang
boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja.
Akibat dari tekanan pemprosesan air yang
terlalu banyak 24 jam sehari tanpa henti menyebabkan pada sesetengah
waktu mesin tersebut rosak. Apabila mesin rosak jumlah air yang diproses
akan berkurangan dan bekalan kepada pengguna akan terganggu. Proses
membaik pulih mesin bergantung kepada kerosakan yang dialami. Ianya
boleh memakan masa antara 1-3 hari.
Loji tersebut sudah maksimum
penggunaannya. Tidak ada sebarang ruang lagi untuk pembesaran atau
penambahan mesin baru. Jawapan kepada masalah yang timbul adalah
pembinaan loji baru. Itulah yang dinama Loji Langat 2 yang dirancang
oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi oleh kerana permainan politik Kerajaan
PKR Selangor menghalangnya.
Pembinaan Loji Langat 2 memerlukan masa
antara 3-4 tahun. Sehingga ke hari ini ianya belum dapat dibina kerana
halangan Khalid Ibrahim. Makin lama pembinaannya terhalang makin lama
masa yang diperlukan untuk menyiapkannya. Sekiranya dibina sekarang
mungkin ianya akan siap pada 2016. Sudah melebihi dari tempoh yang
jangkaan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.
Jika berlaku krisis air ianya bukan
sahaja menjejaskan kehidupan seharian rakyat, malah akan turut
menjejaskan ekonomi negara dan seterusnya memburukkan imej negara di
kalangan pelabur-pelabur asing. Apabila ekonomi negara terjejas
kesannnya akan terasa dari poket sehingga ke dapur rumah setiap rakyat.
Kerajaan Persekutuan telah mengambil
langkah jangka panjang yang sepatutnya bagi mengelak rakyat tidak kira
dari parti politik mana sekali pun menghadapi krisis air. Tetapi
kerajaan PKR pula yang menjadi penghalang. Dari apa yang terjadi ini
rakyat boleh menilai siapa yang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk
mengelak rakyat menghadapi masalah dan siapa pula yang cuba menjadi
pengkhianat rakyat. SUMBER
Permulaan proses
Air daripada Sungai Langat masuk ke dalam
loji pemprosesan. Segala sampah sarap akan tersangkut didawai penapis
sebelum air masuk ke dalam loji.
Permulaan proses merawat air mentah
Air mentah
Sanggupkah kita untuk menggunakan air
dari empangan atau dari lombong seperti yang dikatakan oleh Ronnie Liu
dan Khalid Ibrahim tanpa melalui proses rawatan ?
Antara jentera yang digunakan untuk merawat air mentah
Mesin ini beroperasi 24 jam sehari tanpa henti
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.