Pilih Gaya Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh Kita


Tahukah anda bahawa senaman yang kita lakukan perlu mengikut bentuk badan kita? Sepertimana diet mengikut jenis darah, senaman juga boleh dikategorikan mengikut bentuk badan.

Pernahkah kita melakukan senaman sekian lama tetapi tetap tidak memberi kesan apa-apa kepada kita? Mungkin kerana senaman yang dipilih adalah tidak bersesuaian.

1) Badan Lurus

Merupakan bentuk badan yang kelihatan panjang, kurus, bahu dan pinggul kelihatan sama besar. Mereka di dalam kategori ini amat sukar untuk mengekalkan berat badan. Senaman yang sesuai utk mereka jenis ini adalah melakukan push up, berjalan di treadmill (atau boleh juga slow walking), step ups dan martial arts (silat , taekwondo dll)


2) Badan Pear

Lebih dikenali dengan nama pear shape.Bahagian bawah badan lebih besar dari bahagian atas.Senang membina muscle tapi sukar menurunkan berat badan terutama sekali lemak.Jadi banyakkan senaman untuk bahagian bahu dan lengan.

3) Badan Melengkung

Biasanya mereka yang mempunyai badan melengkung akan lebih besar di bahagian punggung dan pinggul. Jadi, lakukan senaman yang memberi tona dan bentuk keseluruhan badan.Senaman yang sesuai adalah naik turun tangga atau buat step ups, pilates, yoga dan jump rope.

4) Badan Atlet

Beruntung anda yang memiliki badan jenis ini,namun itu tidak bermakna anda tidak perlu bersenam.Ada juga senaman yang boleh membentuk tubuh agar lebih tegap.Banyakkan senaman atau workout terutama untuk bahagian punggung.

Itu adalah antara senaman yang disarankan oleh pakar di dalam exercises. Mungkin boleh dimanfaatkan.

Selamat Mencuba!!!!
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.