Pernahkah anda merasai berat badan anda tiba-tiba meningkat tetapi anda tidak pasti apa puncanya? Mungkin juga berat badan anda bertambah walaupun anda seorang rajin bekerja dan sentiasa bersenam. Jika ini berlaku, anda mungkin perlu mengambil berat soal pemakanan anda.
Punca 'telebih makan'
Terdapat beberapa punca mengapa lelaki mengalami masalah terlebih makan ini. Untuk memahami dengan lebih mendalam, anda seharusnya menyedari perubahan-perubahan yang berlaku terutamanya yang menjurus pengambilan makanan secara tidak sihat ini.
Anda mungkin terlebih makan kerana merasakan diri anda terlalu bosan. Duduk di rumah sambil menonton televisyen pasti tidak akan lengkap jika tidak menguyah sesuatu. Contoh, kerepek kentang, pisang atau kacang.
2. Tekanan
Masalah stres boleh mendorong seseorang untuk mengambil makanan yang lebih. Tabiat ini mungkin boleh digolongkan sebagai masalah psikologi. Apabila makan tanpa henti, seseorang yang mengalami tekanan akan merasakan dapat melupakan masalah yang dihadapi walaupun jumlah makanan yang diambil itu melebihi daripada yang sepatutnya.

3. Budaya
Sesetengah budaya atau norma menggalakkan atau mendorong seseorang lelaki makan lebih banyak. Contohnya, bagi mereka yang hidup berpoligami. Jika setiap isteri akan memasak resepi yang terbaik dengan tujuan mendapat hati suami, pastinya mereka akan mengharapkan agar suami mereka makan dengan lebih. Jika berlaku setiap hari, cuba anda banyangkan!

Selain itu, di Amerika Utara pula, budaya masyarakat di sana
menggalakkan pengambilan snek-snek tertentu sebelum atau selepas makan.
Kebanyakan snek yang diambil biasanya mengandungi kandungan garam dan
lemak yang tinggi yang boleh menyumbang penambahan berat badan tanpa
disedari.
4. Membantu wanita di dapur
Kebanyakan lelaki kerap akan terdorong akan membantu ibu, isteri, adik perempuan memasak di dapur. Lelaki akan lebih memainkan fungsi sebagai orang kedua dalam dapur dengan melakukan kerja seperti mencedok nasi dan lauk, memotong buah atau membancuh air. Tidak dinafikan, sekali sekala pastinya terlepas ke dalam mulut walauoun sebelum dihidangkan di atas meja. Jika selalu begitu, tidak hairanlah lekaki akan menjadi lebih gemuk berbanding wanita.

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.