Menjadi
satu trend kebiasaan bagi penyokong dan pemimpin PAS tatkala bertelikah
pendapat sesama Islam, mereka akan sentiasa mengambil pendirian
mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung
tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam
menerima perbezaan pandangan.
Sikap
bongkak dan perilaku taksub pada parti yang ditonjolkan oleh penyokong
dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan kepentingan ummah seakan
sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan asal usul
penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan irihati.
Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.
Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.
Pada mereka, hanya PAS sahaja yang layak diiktiraf sebagai pejuang Islam sedangkan orang-orang Islam yang mendukung perjuangan UMNO dianggap sebagai telah lari dari landasan Islam sekaligus dihukum sebagai kafir dan hanya neraka jahanam sahajalah tempat yang sesuai untuk orang Islam yang menentang PAS.
Bila
sahaja UMNO tampil dengan pelbagai program pembangunan Islam misalnya
penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Tabung Haji,
membina masjid-masjid dan surau misalnya, tidak bertangguh lagi PAS
segera menggerakkan jenteranya bertujuan memperlekehkan segala daya
usaha tersebut sebagai kononnya tiada nilai di sisi Allah s.w.t.
Di
awal penubuhan Tabung Haji, Bank Islam dan UIA, tidak sedikit kata
nista dan tuduhan jahat dilemparkan konon semuanya itu sekadar wayang
oleh pihak Kerajaan Pusat pimpinan BN untuk menarik sokongan umat Islam
yang di dakwa semakin telah beralih arah kepada PAS.
Tidak
cukup dengan tuduhan tersebut, ada pula yang lancang mulutnya menghukum
sesiapa sahaja yang mengerjakan haji dengan menggunakan khidmat Tabung
Haji maka ibadah hajinya tidak sah dan perlu dilaksanakan sekali lagi.
Sedangkan
sejak Tabung Haji beroperasi secara rasmi pada 1963, badan tersebutlah
yang paling banyak berjasa membantu umat Islam merencanakan wang
tabungan mereka, membantu menguruskan perjalanan dan penginapan
sehinggalah selesai terlaksana ibadah haji di Kota Suci Mekah.
Malah
kini, tiada siapa pun dapat menafikan hampir di segenap pejabat Tabung
Haji di seluruh negara pastinya mudah untuk kita bersua muka dengan
penyokong PAS yang mencari rezeki di Tabung Haji tanpa sedikitpun rasa
segan atau malu pada kata dusta dan tuduhan yang pernah pemimpin mereka
lemparkan dulu.
Jika
benar penubuhan Tabung Haji itu hanyalah wayang atau haram berurusan
dengannya, apa perlu lagi untuk penyokong PAS menumpang rezeki di sana?
Atau sebenarnya segala tuduhan sebelum ini hakikatnya hanyalah omong
kosong politik kepartian dek kerana benci dan iri hati dengan
kebijaksanaan pemimpin UMNO dalam menguruskan hal ehwal kemaslahatan
umat.
Demikian
juga bila Bank Islam dan UIA ditubuhkan, bukan sedikit propaganda
dimainkan oleh pemimpin PAS cuba menghasut umat supaya meyakini
kedua-duanya itu hanyalah 'senjata politik baru' UMNO untuk melemahkan
pengaruh PAS.
Dalam
pada hasutan terus dilaksanakan, tak semena-mena bila PAS mengambilalih
Kelantan pada 1990, boleh pula MBnya membuat keputusan menyimpan wang
kantung negeri tersebut dalam Bank Islam. Malah dengan bangga pula Nik
Aziz mengumumkan kononnya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang
menyimpan dan berurusan dengan Bank Islam.
Pelik
bukan? Sekian lama sebelumnya penubuhan Bank Islam diperlekehkan hanya
kerana ia hasil usaha pemimpin UMNO, selang bertahun kemudiannya PAS
berbangga pula dapat berurusan dengan 'senjata politik baru' UMNO.
Inilah
tabiat kebiasaan PAS yang agak terserlah sekian lama, malu untuk
mengakui jasa bakti UMNO dalam membangunkan umat Islam dan meningkatkan
imej agama, tapi di masa yang sama kerana wujudnya sikap taksub pada
parti sendiri telah menghalang pemimpin PAS untuk memberi pengiktirafan
sewajarnya.
Begitu
juga bila UIA mula beroperasi, ramai pemimpin PAS mendakwa penubuhannya
semata-mata untuk meningkatkan imej Islamik UMNO. Saban tahun berlalu
selepas itu, universiti tersebutlah yang banyak menghasilkan produk anak
muda yang pro PAS malah ada kalangan pemimpin PAS sekarang pun
datangnya dari universiti itu.
Masjid
dan surau pula yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan hasil
keprihatinan UMNO terhadap amal ibadat umat Islam juga dipandang sepi
oleh pemimpin dan penyokong PAS.
Dalam
pada itu, disebabkan taksub pada semangat kepartian, boleh pula PAS
menumpukan usaha khusus untuk mengambil alih jawatankuasa sesebuah
masjid dan surau untuk keperluan melebarkan pengaruhnya melalui program
keagamaan di Rumah Allah itu.
Untuk
kepentingan politik PAS tidak segan menyeleweng hasil usaha UMNO yang
sepatutnya digunakan untuk kepentingan umat. Mereka hanya tahu mengomel
kata dusta mempertikaikan segala usaha UMNO, tapi bila tiba masanya
mereka jugalah yang paling ke depan menyalahgunakan kemudahan tersebut.
Segalanya
ini membuktikan PAS bukanlah sebuah parti Islam sebagaimana kerap
dipropagandakan oleh pemimpin mereka. PAS hanyalah sebuah parti politik
yang memperalatkan Islam demi manfaat peribadi, puak dan parti.
PAS
gagal melihat realiti dengan mata hati akan hakikat dirinya yang
sebenar. Ketaksuban pada parti menyebabkan PAS dibutakan mata hati
hingga gagal melihat kenyataan yang sejak lebih 60 tahun usia PAS, hanya
air liur dan kecelaruan fikiran sahaja yang dapat disumbangkan olehnya
kepada umat dan negara.
Sumber: Gerakan Anti PKR
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.