Hajar Aswad
adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Kaabah, iaitu
sudut dari mana Tawaf dimulai merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang
diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Terdiri dari lapan
keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu
sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh
jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang
datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan
bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan
Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan
seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul
batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan
sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi
Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu,
beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
“Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi
Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa
saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium.
Baca selanjutnya di Sungai Rapat Online
million and juta tu sama je..hehe
BalasPadamTerima kasih..
PadamOh! yer ke..buat tak tahu dah ler..hehehehe
Aku sungguh-sungguh berharap YAB PM Najib mendapat restu dan rahmat yang tertinggi, perlindungan yang tak tersekat dari Allah, kerana gunungan jasa beliau tidak putus-putus menolong rakyat Malaysia seluruh bangsa ditanah air ini.
BalasPadamInsyAllah..amin...
Padam