Esok Hari Terakhir Umat Islam Boleh Makan Dan Minum Di Siang Hari


Ramadhan sudah semakin hampir. Esok hari terakhir kita boleh makan dan minum pada waktu siang. Apa yang hendak penulis tekankan di sini ialah, bersediakah kita untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang pada bulan Ramadhan nanti?

Persediaan untuk menghadapi Ramadhan, penting ke? Kalau tidak bersedia, takut nanti bulan Ramadhan yang akan menjelma akan kita sia-siakan.Bulan yang mulia inilah peluang kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat melipat ganda. Bukan setakat pahala, bulan ini jugalah peluang kita untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan pada-Nya.

1. Kena ada azam. Macam sambut tahun baru kita ada azam. Macam tu juga dengan Ramadhan. Contohnya, bulan ni hendak habiskan 30 juzuk Quran dalam masa 30 hari.Tidak pun, kali ni hendak terawih penuh setiap malam. Ataupun, kali ni tidak mahu terlepas qiamullail 10 malam terakhir. Boleh juga, kali ni hendak bersedekah paling kurang seringgit sehari pada masjid atau orang miskin. Bila dah azam, baru la kita bersemangat untuk menghidupkan Ramadhan dengan matlamat hendak merealisassikan azam kita. Azam masing-masing, ikutla diri masing-masing. Yang penting biar Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas.

2. Jangan lupa tulis note kecil apa yang kita azamkan, kemudian letak pada mana-mana tempat yang kita selalu nampak. Contohnya dalam dompet, bucu cermin, meja belajar atau pintu bilik. Sebab apa, takut kita terlupa pula azam kita tu. Bulan Syaaban semangat buat azam, Ramadhan nanti azam entah ke mana. Biasalah manusia, tidak semua yang pernah di rancangkan, akan ingat. Lagi satu, azam yang kita tulis boleh dijadikan motivasi kita untuk bersemangat menunaikan azam tu.

3. Kalau rasa nak habiskan Quran dalam bulan Ramadhan tapi tak pernah berjaya, bolehla mula sekarang. Nanti sambung bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya kita ada 40 hari untuk habiskan satu Quran. Kalau kita berjaya habiskan awal, ambillah ia sebagai peluang untuk kita membaca tafsirnya pula. Ramai yang khatam Quran tetapi berapa ramai yang pernah khatam tafsir Al-Quran?

4. Eelakkan berfikir macam sebegini, "Ramadhan dah nak dekat, aku kena makan puas-puas, nanti Ramadhan dah tak boleh dah." Sapa kata Ramadhan dah tidak boleh makan banyak. Rasa-rasanya Ramadhan ni la masanya sesetengah orang habiskan banyak duit untuk beli makanan berbuka puasa. Jangan macam tu, kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

5. Mulut tu jangan dilupakan. Kalau rasa diri tu suka mencarut, celupar, suka mengumpat dan mencaci ambil masa yang ada sekarang ni untuk kurangkan perkara tersebut. Berlatih dari sekarang. Jangan biarkan perangai buruk mulut kita itu merosakkan pahala Ramadhan kita nanti. Bulan Ramadhanlah bulan terbaik untuk kita laksanakan perubahan diri. Sepatutnya lepas berlalunya Ramadhan, kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

6. Tambah pengetahuan tentang Ramadhan dan puasa. Pergilah dengar ceramah, baca buku, tengok Ustaz Azhar, Ustaz Kazim, Ustaz Don di youtube mengenai puasa dan Ramadhan. Apa yang membatalkan puasa. Apa hukumya ambili injection ketika puasa. Kalau buka puasa dengan mengorek hidung boleh ke? Terawih berapa rakaat yang afdhal. Apa amalan  terbaik di bulan Ramadhan. Semua tu penting supaya kita dapat menjalani puasa kita dengan lancar dan beribadah dengan yakin nanti.

Diharap info ini berguna untuk kita semua. Marhaban Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan kita kali ini adalah Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.