Benarkah kaum adam kurang peka terhadap kesihatan diri mereka?. Dalam artikel kali ini, penulis sediakan beberapa info menarik tentang kesihatan untuk lelaki.
1) Bigorexia - Gangguan Kepada Lelaki
Siapa kata hanya wanita yang
mementingkan bentuk badan menawan? Lelaki juga tidak kurang hebatnya.
Ramai lelaki yang mengidamkan bentuk badan yang berotot dan sasa. Bagi
lelaki, memiliki susuk tubuh yang cantik dan berotot merupakan satu
kebanggaan. Tahukah anda bahawa 'bigorexia' adalah sejenis gangguan yang
menghantui lelaki yang terlalu berkeingian memiliki bentuk badan
berotot? Menurut Dr. Eric Hollander, pakar psikiatri di Mount Sinai
School of Medicine, New York, gangguan ini disebabkan oleh faktor reaksi
kimia otak dan peranan media massa.
Kemungkinan gangguan ini juga ada
kaitan dengan faktor genetik. Seseorang lelaki yang mengalami bigorexia
yang kuat boleh mempengaruhi aktiviti harian. Mereka takut dengan tubuh
yang kurus dan kecil. Antara simptom gangguan bigorexia ialah
mengamalkan diet yang terlalu ketat, bersenam pada setiap masa, dan
selalu menilik bentuk badan di hadapan cermin.
2) Makan Tiram dan Kerang
Dipercayai
dengan makan 50 tiram setiap pagi boleh menambah keperkasaan lelaki.
Sama ada betul atau tidak, tiram atau kerang sememangnya mengandungi
mineral zink penting untuk menjaga daya tahan seksual seseorang. Ini
boleh dikaitkan dengan penemuan kajian yang mendapati kekurangan kadar
zink dalam badan boleh menyebabkan pengurangan jumlah sperma.
3) Ikan Panjangkan Umur Lelaki
Menurut
seorang ahli kesihatan Jepun, Yasuyuki Makamura, Profesor Madya dari
Universiti Sains Shiga, lelaki yang kerap memakan ikan berpeluang hidup
lebih lama biarpun dihantui kebimbangan diserang keracunan raksa dan
toksin lain yang terdapat dalam ikan. Kenyataan ini dikeluarkan hasil
daripada kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo. Kajian
tersebut menunjukkan lelaki terhindar risiko serangan sakit jantung atau
lumpuh sehingga 30 peratus sekiranya memakan ikan sekali setiap dua
hari. Menurut Nakamura, satu kajian ke atas satu kumpulan lelaki yang
memakan ikan dua hari sekali mencatat 0.7 peratus kematian berbanding
1.0 peratus bagi satu kumpulan lelaki lain yang memakan ikan hanya
seminggu sekali atau kurang.
4) Lelaki Lebih Ramai Hidap Barah
Kira-kira
93.28 peratus atau 22,351 pesakit barah di negara ini terdiri daripada
lelaki manakala 1,611 orang adalah pesakit wanita. Punca utama penyakit
barah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh tabiat
merokok yang berterusan dan sukar dikawal. Gaya hidup kaum lelaki yang
lebih terdedah kepada persekiran yang tidak sihat dan bahaya juga
menyebabkan golongan berkenaan lebih banyak menghidap penyakit itu.
5) Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat
Apabila
usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah
kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan
seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah
payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat.
Prostat terletak dibahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi
utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani
daripada badan. Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan utera dan
menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat semakin
membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing
terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara
tetap, berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu,
banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih
buah-buahan dan sayur-sayuran.
6) Lupakan Alkohol
Satu lagi
tip kesihatan untuk lelaki pertengahan umur dapat mengelakkan mereka
daripada nyanyuk ialah dengan meninggalkan atau mengurangkan tabiat
mengambil minuman keras. Sekumpulan penyelidik dari Belanda melihat
kaitan antara pengambilan alkohol dengan gejala nyanyuk dalam kajian
membabitkan hampir 8,000 orang berusia pertengahan umur. Keadaan
kesihatan responden diawasi sepanjang tempoh kajian selama enam tahun
dan seramai 197 menunjukkan tanda-tanda gejala hilang ingatan, di mana
tiga perempat daripadanya mengalami nyanyuk. Mereka yang mengambil
minumam keras antara satu hingga tiga kali sehari, menghadapi
kemungkinan 42 peratus lebih tinggi mengalami nyanyuk dari mereka yang
tidak minum langsung.
7) Sindrom Metabolik Sebabkan Kekurangan Testosteron
Penyelidikan
ke atas lelaki yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hypertension,
atau hyperlipidemia mempunyai hypogonadism yang tinggi. Ini berdasarkan
hasil kajian terbaru yang dibentangkan di dalam American Association of
Cinical Endocrinologist (AACE) Fourteenth Annual Meeting and Clinical
Congress. Hypogonadism atau tahap hormon testosterone lelaki yang rendah
merupakan satu sindrom yang kompleks. Melalui penelitian ke atas 2,162
lelaki mengalami hypogonadism, didapati 50 peratus mempunyai penyakit
diabetes, 42 peratus hypertension, dan 40 peratus hyperlipidemia.
Simpton yang biasa dikaitkan dengan hypogonodism termasuk disfungsi
seksual, keletihan atau perubahan emosi.
8) Kacang Brazil Kuatkan Sperma
Kacang
Brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis vitamin yang dapat
mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan (berenang) sel sperma
dengan lebih laju. Kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati
mereka yang mengalami masalah ini telah berjaya mengatasinya dengan
pengambilan kacang Brazil. Kacang ini juga mengandungi vitamin E, dan
antioksidan yang membantu melindungi kerosakan sperma akibat bahan
radikal.
9) Seleri Tingkatkan Keinginan Seks
Seleri dikatakan
boleh membantu meningkatkan seks. Menurut seorang penulis buku masakan
Sweden, C.E. Hagdahl daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan
keinginan seks atau boleh merangsangkan dengan cepat. la lebih elok jika
dimakan mentah. Seleri dikatakan mengandungi hormon androsterone.
Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan
boleh memikat perempuan.
10) Lelaki Anti-Sosial Berisiko Tinggi Kena Sakit Jantung
Kajian
di Amerika Syarikat (AS) mendakwa lelaki pendiam yang kurang bergaul
dengan rakan mahu pun keluarga sendiri lebih beriisiko tinggi diserang
sakit jantung berbanding mereka yang ceria dan suka bergaul. Perbadanan
Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, hasil kajian yang dibentangkan pada
satu mesyuarat Persatuan Jantung AS mendapati, paras molekul darah yang
tinggi dan menjadi petunjuk berlakunya masalah atau radang, dicatatkan
di kalangan lelaki anti-sosial berkenaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.