KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak tidak menolak jika
hubungannya dengan aktres Maya Karin akan menjadi lebih istimewa pada
masa akan datang selain menyifatkan wanita itu seorang yang cantik dan
berkarakter.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak, 31,
bagaimanapun berkata, buat masa ini hubungan itu hanya sekadar kawan
rapat disebabkan keserasian yang wujud di antara mereka berdua.
"Saya dan Maya memang berkawan rapat sekarang namun sebagai kawan
sahaja sebab kami mempunyai minat yang sama iaitu suka aktiviti lasak.
"Namun saya tidak tahu masa depan nanti macam mana?" katanya ditemui selepas sidang media, pratonton drama bersiri Cinta Jangan Pergi, di sini pada Rabu.
Remy diminta mengulas tentang gambar-gambar percutiannya bersama Maya
Karin yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru
ini.
Gambar-gambar yang dirakam di Sabah itu telah menimbulkan spekulasi
tentang hubungan kedua-dua pelakon yang sebelum ini pernah digosipkan
bercinta.
Jelas Remy, dia menyertai aktiviti tersebut kerana memenuhi pelawaan
Maya yang ingin mengkaji haiwan dan ekologi di hutan simpan, Imbak
Canyon, Sabah.
"Aktiviti meredah hutan itu adalah undangan dari Yayasan Sabah iaitu selama empat hari.
"Kita diiringi renjer hutan dan pakar ekologi, di mana kami menambah pengetahuan tentang hidupan di dalam hutan itu," katanya.
Remy berkata, minat terhadap aktiviti lasak dan alam semula jadi menjadikan mereka lebih akrab dan sering bertukar pendapat.
Ditanya tentang keserasian bersama, katanya, dia selesa dan senang berkawan dengan aktres itu.
Remy turut menyifatkan Maya seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai karakter tersendiri.
Dalam pada itu, menjawab tentang tindakannya yang sering merahsiakan
hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk bercerita tentang kisah
cinta dan perasaan.
"Saya bukan mengelak tapi saya memang seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap.
"Saya sebenarnya tidak tahu untuk bercerita hal peribadi terutamanya melibatkan kisah percintaan," ujarnya.
Dia juga lebih suka memilih untuk berdiam diri jika berlaku sesuatu kontroversi.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.