FGV Muktamad Ambil Alih Aset di Myanmar Tak Lama Lagi

najib-fgv
FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjangka dapat memuktamadkan satu pengambilalihan aset berkaitan perladangan getah di Myanmar dalam tempoh enam bulan ini.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Sabri Ahmad, berkata pihaknya kini sedang mengadakan rundingan dan kajian daya maju bagi menilai potensi sumbangan pengambilalihan aset berkenaan terhadap pendapatan kumpulan itu.
Pasukan kewangan korporat kami kini sedang menilai cadangan pengambilalihan itu. Ia kemungkinan membabitkan pengambilalihan sebuah aset kilang pemprosesan getah di Myanmar.

Kami perlu berhati-hati dalam melaksanakan sebarang pengambilalihan, sama ada dalam segmen huluan atau hiliran kerana mahu pastikan jika dimuktamadkan kelak, ia menyumbang kepada peningkatan pendapatan kumpulan pada masa depan, katanya.

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Transformasi Sektor Awam dan Kesannya terhadap Industri Minyak Sawit Malaysia, pengkhususan kepada Penyenaraian FGV pada Persidangan dan Pameran Minyak Sawit dan Laurik 2013 di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, Sabri berkata, banyak syarikat mengemukakan cadangan pengambilalihan kepada FGV, namun syarikat perladangan sawit ketiga terbesar dunia itu perlu berhati-hati dengan pelaburan yang akan dibuatnya bagi mengelak berlakunya sebarang masalah di kemudian hari.

Kami mempunyai kriteria pelaburan tersendiri. Kami perlu berhati-hati dengan melabur dalam aset yang betul, katanya.

Difahamkan, FGV kini berada dalam kedudukan selesa untuk melaksanakan sebarang pengambilalihan berikutan mempunyai kedudukan tunai yang kukuh selepas penyenaraian selain ditambah dengan dana hasil pelupusan 20 peratus kepentingannya dalam Kumpulan Tradewinds. - Bloomberg
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.