KUALA LUMPUR - Masyarakat Felda perlu bersyukur dengan apa yang
dinikmati selama ini serta tidak melupakan asal-usul mereka, kata bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, perkara itu penting supaya mereka sentiasa mengingati kesilapan yang pernah dilakukan dan tidak mengulanginya walaupun kini memperoleh kehidupan yang lebih baik.
"Masalah sekarang adalah generasi muda yang lahir, dah cukup mewah, pendapatan banyak. Mereka kena ingat dari mana datangnya kesenangan itu...daripada pengorbanan ibu bapa mereka.
"Jika mereka sedar perkara ini, saya yakin mereka akan jadi orang yang tahu bersyukur, tahu mengenang budi dan berterima kasih," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut hadir pada majlis yang disertai lebih 3,000 masyarakat Felda itu.
Pada masa ini terdapat 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.
Mahathir berkata, asal-usul penubuhan Felda sebenarnya adalah untuk memberi peluang kepada orang Melayu memperoleh pendapatan melalui kerja-kerja pembukaan ladang bagi penanaman getah dan kelapa sawit.
Beliau berkata, masyarakat Felda bernasib baik kerana pemimpin yang diberi kuasa oleh penjajah selepas pilihan raya 1955 begitu prihatin untuk membantu orang Melayu yang ramai menganggur pada masa itu.
"Jangan angkuh kerana akhirnya kita akan jatuh. Sebaliknya bersyukur dan merendah diri barulah kita akan berjaya dan hidup dengan cara yang lebih baik," katanya.
Mahathir berkata, masyarakat Felda juga perlu tahu membalas budi pihak-pihak yang telah membantu mereka mengecapi kesenangan hari ini sama ada secara langsung atau tidak.
Dalam pada itu, beliau juga berkata golongan itu juga perlu rasional dalam membuat keputusan dan tidak mengikut perasaan atau terpengaruh dengan dakyah mana-mana pihak yang cuba merosakkan Felda.
"Mereka (penyebar dakyah) tiada bukti mereka telah menolong peneroka Felda.
Mereka suruh kita jangan bersyukur dengan nikmat yang diberi. Adakah itu ajaran yang baik?
"Mereka kata ambillah RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) tapi jangan undi mereka. Tapi ini tak ikut budaya Melayu yang selalu berterima kasih. Kita kena tahu berterima kasih, barulah kita akan selamat dan lebih maju.
Pada majlis yang sama, Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana menerima cek sumbangan RM200,000 yang disumbangkan Felda kepada Tabung Kemanusiaan Gaza di bawah yayasan berkenaan. - Bernama

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.