Sebagai seorang tokoh politik yang berjiwa besar, penulis yakin Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib sedia memaafkan kelakukan tidak senonoh penyokong Pembangkang kerana membuka seluar sambil menyangkan punggung di khalayak ramai pada malam ambang merdeka lepas.
Namun, undang-undang tetatp undang-undang dan tidak ada seorang pun boleh berada di atasnya. Sekalipun Najib memaafkan dua individu yang telah membuat onar ini, kesalahan yang telah dilakukan perlu diadili dengan seadilnya tanpa sebarang campurtangan.
Apa yang menghairankan, mengapa seorang yang begitu 'lan si' seperti Lim Kit Siang sanggup merayau kepada Perdana Menteri agar memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Pembangkang.
Mungkin Lim Kit Siang sudah mula merasa kesan penolakan serta cemuhan dari rakyat akibat dari kejadian tanyang punggung oleh penyokong Pakatan yang sangat memalukan itu telah mewujudkan persepsi buruk terhadap Pakatan Pembangkang.
SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak agar memaafkan Muhammad Ammar A Rahman dan
model sambilan Ong Sing Yee, yang menjadi fokus kontroversi insiden 30
Ogos lalu, serta kedua-dua ibu bapa mereka dengan semangat berhemah.
Selain itu, beliau juga mahu Peguam Negara menerima permohonan maaf mereka dan tidak mengambil tindakan undang-undang.
"Dari awal lagi, saya telah menyatakan pendirian saya bahawa saya tidak memihak atau menyokong tindakan Muhammad Ammar dan Ong Sing Yee.
"Apa yang telah mereka lakukan adalah satu tindakan yang dikesali dan merupakan satu kesalahan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kedua-dua remaja itu, yang dikaitkan dengan tuduhan menunjuk punggung dan memijak gambar pemimpin negara, dan keluarga mereka telah memohon maaf kepada Najib dan seluruh rakyat Malaysia.
Mereka menyerah kepada polis dan telah dilepaskan selepas diambil keterangan.
Permohonan maaf turut diulangi oleh Muhammad Ammar dan ibu bapanya pada satu sidang media di Batu Pahat semalam.

Baca lagi di Sinar Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.