Anwar Arah Pengawal Pribadi Guna Senjata Api Untuk Menakutkan Rakyat


Teringat penulis semasa Saipul Bukhari mula-mula membuat laporan polis terhadap Anwar kerana telah meliwatnya beberapa kali. Terkincit lari Anwar tidak cukup tanah masuk ke Kedutaan Turki atas alasan ada orang ingin membunuhnya walau mempunyai ramai pengawal lengkap bersenjata.

Hari ini kecoh di laman-laman blog dan facebook bercerita dan menyiarkan gambar pengawal peribadi Anwar memiliki dan menggunakan senjata api untuk menakut-nakutkan rakyat yang cuba menghalang program luar tabi'enya.

Menurut cerita di blog-blog pro Kerajaan, Anwar dalam siri jelajah ceramah Merdeka Rakyatnya terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin, Melaka petang semalam.

Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki Melayu dari sebuah kereta Toyota Camry bernombor plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol sambil menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang dinaiki Anwar jika tidak mahu diapa-apakan. Namun amaran tersebut tidak diendahkan.

Baca kisah selanjutnya di sini


Apa yang terlintas difikiran penulis, siapa agaknya yang hendak bunuh dan demi siapa? Anwar Ibrahim sudah mula menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri walau hanya pergi berceramah di dalam negera sendiri. Siapa yang berani sangat hendak mengancam nyawa Anwar? Rakyat atau ejen Yahudi?
 
Penulis berharap agar pihak PDRM dapat menyiasat kejadian yang berlaku. Perbuatan mempamir atau mengacu senjata api terhadap orang awam atas tujuan menggertak atau menakut-nakutkan merupakan satu  kesalahan dan menyalahi undand-undang. Nak-nak lagi, jika pengawal peribadi Anwar ini tidak mempunyai lesen untuk memliki senjata api.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.