Unisel Terus Alami Kerugian Dan Bakal Ditutup Operasinya

Mungkin pada pandangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang juga merupakan seorang bekas tokoh koprat sangat disegani menganggap kerugian atau penyusutan pedapatan yang sedang di alami oleh Universiti Selangor sejak ditadbir oleh Pakatan adalah satu perkara biasa yang mana tidak pernah terjadi semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Jadi sekarang ini rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana tahap kemampuan dan kecekapan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan PKR, DAP dan PAS dalam mengurus perjalanan segala sistem yang ada dalam pentadbiran negeri Selangor.

Tidak mustahil negeri Selangor yang dikenali sebagai negeri paling kaya dalam Malaysia boleh jatuh muflis jika Pakatan Pembangkang terus diberi peluang mentadbir urus negeri ini. Apa yang berlaku (kerugian dialami) di Unisel ini adalah bukti bertapa tidak cekapnya Menteri Besar Selangor sekarang dalam menjana pedapatan anak syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendedahkan laporan audit kewangan Universiti Selangor (Unisel) yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata, laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011. 

"Bila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaaan nazak, Menteri Besar begitu sombong dan ego dan sekarang saya ada salinan laporan audit universiti itu.

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempertikaikan kredibiliti Abdul Khalid sebagai seorang tokoh korporat sebab gagal mengurus Unisel dengan baik. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.