Mantan Ketua Polis Negara Dedah Siapa Dalang Sebanar Hasut 'Bakar' Jalur Gemilang

Gambar hanya sekadar hiasan sahaja
Seperti ada tangan ghaib yang menggunakan hak asasi sebagai alasan untuk memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan bendera 'baharu' negara, dalam insiden menjelang sambutan ambang kemerdekaan ke-55 negara baru-baru ini.
 
Demikian pendapat yang dilontarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berhubung insiden berkenaan di mana beliau juga percaya ada dalang yang merancang perkara itu seperti beberapa dakwaan yang dibuat di luar negara kononnya Malaysia sedang dalam proses revolusi.
 
Beliau berkata individu terbabit yang disifatkan sebagai baling batu sembunyi tangan, seolah-olah mempunyai gerakan untuk 'memerdekakan' negara ke tahap kedua iaitu dengan niat seperti mahu mewujudkan negara sistem republik, menukar perlembagaan negara sedia ada dan menghapuskan sistem monarki di negara ini.

"Ini pandangan saya berdasarkan insiden pijak gambar pemimpin dan kibar bendera yang dipanggil Sang Saka Malaya mirip bendera dua negara yang menggunakan sistem republik.

"Saya terfikir mengapa ia diadakan menjelang kemerdekaan. Apa tujuan mereka dan saya fikir lebih mendalam akan ada apa lagi yang akan berlaku," katanya dalam sidang media ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
 
Rahim berkata perkara seperti ini perlu diberikan perhatian serius kerana fahaman seperti kononnya membuat tindakan mengikut hak asasi boleh mengundang perbuatan yang lebih melampau termasuk kemungkinan bertindak memijak gambar Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.
 
Beliau berkata adakah perbuatan ini berlaku petanda bahawa kekuatan dan semangat patriotik telah luntur selepas tiadanya undang-undang pencegahan yang dihapuskan.
 
"Masyarakat harus bijak menilai perbuatan ini, jangan lupa sejarah dan kena ambil tahu sejarah," katanya.
 
Mengulas mengenai hak asasi yang sering dilaungkan oleh sesetengah pihak dan pemimpin politik, Rahim berkata semua rakyat mempunyai hak berkenaan namun mengapa pembelaan kadang kala hanya tertumpu pada sesuatu pihak sahaja.
 
Beliau mengambil contoh, sekiranya perompak dan penjenayah ditangkap dan dikasari oleh orang awam misalnya mengapa salahkan polis konon tidak bertindak tetapi bagaimana pula dengan nasib mangsa rompakan yang tidak diperjuangkan.
 
Sehubungan itu, semua pihak perlu melihat isu ini dengan lebih serius demi kebaikan bersama terutamanya menghargai kemerdekaan negara bukan cuba kononnya untuk merdekakan negara ke tahap kedua dengan revolusi pertumpahan darah.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.