Ramai yang mempertikai atas merit apa sehingga membolehkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara. Oleh kerana panel pemilih yang terdiri dari para intelek Melayu Islam sudah tentu ia mempunyai satu garis panduan dan juga kriteria yang ketat semasa membuat pemilihan.
Menurut laporan Harakah, anugerah tersebut diberikan kepada Nik Aziz atas dasar pengaruhnya yang mampu membawa perubahan dalam aspek kehidupan manusia. Tapi tidak pula dijelaskan apa perubahan nyata yang dibawa oleh Nik Aziz sepanjang beliau menjadi Mursidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan melainkan....anda fikir sendiri.
Baru minggu lepas Tun Mahathir menerima Anugerah Kepimpinan Bangsa Melayu dari sebuah Universiti Antarabangsa di Indonesia, hari ini seorang lagi tokoh Melayu menerima Anugerah bertaraf NUSANTARA walau penganjurnya adalah dari pusat pengajian tempatan atau lebih tepat dari Exco Pendidikan negeri Selangor.
Kini Tuan Guru Dr Nik Aziz sudah sebaris dengan Tun Dr Mahathir dalam menerima anugerah peringkat Antarabangsa. Rakyat Malaysia seharusnya merasa bangga dengan penganugerahan ini.
Baca seterusnya di sini
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di Dewan Unisel hari ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz, antara tokoh agama yang cukup disegani baik peringkat negara mahupun antarabangsa.
Malah beliau di antara 50 tokoh paling berpengaruh di dunia di mana beliau menduduki tangga ke-42 dari keseluruhan senarai 500 muslim yang berpengaruh.
Ianya sebagaimana disebut dalam kajian dari Sebuah institusi penyelidikan The Royal Islamic Strategic Studies Centre dengan kerjasama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa DiRaja Aal al-bayt yang beribu pejabat di Amman Jordan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz, juga disebut tokoh muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan membawa perubahan dalam kehidupan manusia - Petikan Harakah Daily
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.