LONDON:
Laman web sosial seperti Facebook dan Twitter mengubah cara remaja
perempuan bercakap, menjadikan mereka lebih biadab dan agresif, menurut
kajian.
Pakar percaya, bahasa yang digunakan wanita muda semakin pendek,
tajam dan lebih berterus-terang, dengan kurang masa digunakan untuk
mempertimbangkan secara berhati-hati berhubung perkataan yang digunakan
mereka.
“Bahasa golongan muda menjadi lebih
berterus-terang berbanding kemungkinan ibu bapa mereka dan komuniti
perniagaan kerana saluran komunikasi yang lebih biasa dengan mereka.
“Mungkin itu punca mereka semakin agresif. Ia bukan disengajakan. Kurang
sopan cenderung sesuatu yang pendek, tajam dan berterus-terang. Namun
ada garis antara menjadi kurang sopan atau agresif dan berterus-terang,”
- Jurucakap Plain English Campaign, Marie Clair
Perubahan itu menyebabkan remaja perempuan bertindak kurang sopan,
berterus-terang malah lebih agresif apabila bercakap dengan sesama
sendiri dan dengan golongan dewasa.
Bahasa yang digunakan
dipercayai hasil komunikasi lebih cepat di Facebook, Twitter dan emel.
Ia lebih ketara di kalangan perempuan berbanding lelaki kerana mereka
lebih kerap berkomunikasi.
Jurucakap Plain English Campaign,
Marie Clair, memberitahu akhbar Daily Mail, penampilan kurang sopan
bukan disengajakan tetapi menyatakan penggunaan internet bermakna
golongan muda tidak mempunyai cukup masa untuk memilih perkataan dengan
berhati-hati.
“Bahasa golongan muda menjadi lebih berterus-terang
berbanding kemungkinan ibu bapa mereka dan komuniti perniagaan kerana
saluran komunikasi yang lebih biasa dengan mereka.
“Mungkin itu punca mereka semakin agresif. Ia bukan
disengajakan. Kurang sopan cenderung sesuatu yang pendek, tajam dan
berterus-terang. Namun ada garis antara menjadi kurang sopan atau
agresif dan berterus-terang,” katanya.
Awal tahun ini, penulis
Terry Pratchett, mencadangkan penggunaan Twitter dan mesej teks
mengehadkan pemikiran dan perbendaharaan kata golongan muda menyebabkan
mereka kecewa.
“Kanak-kanak kini kelihatan malas. Media sosial
tidak membantu, begitu juga mesej teks. Anda perlu berinteraksi dengan
orang lain. Jika ada perkataan menunjukkan apa yang sebenarnya
dimaksudkan, anda boleh sampaikan mesej. Saya yakin ini ada kaitan
tindak kasar,” katanya.
Pelakon Ralph Fiennes sebelum ini mendakwa bahasa moden terhakis, menyalahkan ‘dunia ayat dipendekkan dan Twitter.’ - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.