Amman: Rakyat Jordan menghabiskan berjuta-juta dolar setiap tahun untuk
rokok manakala lebih ramai wanita di negara itu menghisap rokok
berbanding lelaki laporan.
Faktor sosial tidak menghalang bilangan perokok wanita daripada
terus meningkat setiap tahun sehingga melebihi golongan lelaki, kata
laporan Expenses Survey bagi tahun 2010.
Malah, ada wanita yang lebih gemar memilih paip yang dipanggil narghile (shi
sha) berbanding rokok kerana mereka mendapati ia lebih menghiburkan walaupun kosnya mungkin lebih tinggi.
Penghisap narghile berkata mereka menghabiskan antara 400 - 600 (RM1,800 - RM2,700) dinar setiap bulan .
Ketua Jabatan Kesedaran di Kementerian Kesihatan Jordan, Malek
al-Habashna berkata penduduk Jordan membelanjakan kira-kira 352 juta
dinar untuk merokok dan angka berkenaan dilaporkan meningkat kepada 481
juta pada 2010. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.