Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai karut, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia juga hanyalah spekulasi liar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, kepimpinan parti peringkat negeri dan Pusat sepakat memutuskan Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka seterusnya mengepalai pentadbiran kerajaan negeri.
“Cerita-cerita itu tidak ada asas langsung, kita sudah buat keputusan Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) akan kekal bertanding, memimpin parti dan kerajaan negeri, itu keputusan parti peringkat negeri dan Pusat, sangat-sangat jelas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. - UTUSAN
Salam Persahabatan,
BalasPadamBlog anda kini antara salah satu blog terhebat dalam senarai pilihan blog di Gelombang Rakyat.
:)
Salam disambut..
PadamTerima kasih kerana sudi pautkan blog kami yg tak seberapa ini
Asalkan boleh memimpin, tak ada masalah. Kelantan pun ada kemajuannya juga. Seronok tengok jalanraya di kawasan Jeli dah bertambah elok. ^_^
BalasPadamTerima kasih..
PadamTengok jalan pun seronok..erm..
SALAM JERING,
BalasPadamBLOG SAUDARA TELAH DIPAUTKAN BERSAMA BLOG GELOMBANG WANGSA MAJU.
WASALAM