PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir berkata dia akur dan menerima syarat-syarat dalam sepucuk surat perjanjian daripada Neelofa dengan hati terbuka sebelum melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap aktres itu.
Anzalna, 24, yang dihubungi berkata, dia bersetuju untuk memenuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam surat tersebut selepas menerimanya daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang bertindak sebagai perantara dalam konflik mereka.
“Saya sudah meneliti surat daripada Neelofa. Saya akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana saya mahu memohon maaf dengan ikhlas dan tidak mahu memanjangkan kes ini.
“Bagi saya, jika dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, ia adalah lebih baik kerana banyak lagi hal lain dalam kehidupan saya yang perlu diuruskan,” katanya kepada mStar Online di sini, pada Ahad.
Pada Sabtu lalu, Neelofa, 23, seperti dilaporkan mStar Online berkata, dia menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna dalam sepucuk surat sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
Sidang media khas itu dijangka diadakan pada Isnin, pukul 1 petang di Hotel Royal Bintang di sini pada Isnin (hari ini).
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.