Khasiat Buah Strawberry Mampu Mencegah Pelbagai Penyakit

Strawberry
Dikenal dengan nama latin Fragaria rosaceae,buah strawberry yang tumbuh menjalar ini kaya akan vitamin C.Buah ini juga mengandungi fitonutrient dan antioksidan yang memerangi radikal bebas.

Unsur antioksidan inilah yang dipercayai memberikan warna merah pada buah Strawberry.Selain itu,buah Strawberry juga mengandungi Vitamin K,mangan, Folic acid,potasium,Riboflavin,Vitamin B5,Vitamin B6, magnesium dan omega-3.

Dari segi kesihatan,kandungan nutrisi yang dimiliki Strawberry ini sangat baik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit,di antaranya:

1. Arthritis

Dalam kes ini otot akan menjadi lemah,lebih kecil dan kering.Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot.Dengan mengambil Strawberry secara teratur,unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut.Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.

2. Kanser

Oleh kerana buah strawberri mengandung unsur anti oksidan sudah tentu buah ini dapat membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.

3. Kesihatan mata

Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata.Namun dengan adanya zat anti oksidan ini dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan akan dapat dicegah.

4. Kerosakan Fungsi Otak

Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan,namun ia juga mengancam fungsi otak.Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut dapat dicegah.

5. Tekanan darah tinggi

Strawberry mengandungi potasium dan zat besi yang tinggi,oleh itu ia sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

6. Penyakit jantung

Kerana kandungan serat yang tinggi,folat,vitamin C dan anti oksidan,Strawberry sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh dan mencegah penyakit jantung.
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. Blog anda telah dipautkan di blog

    http://assassincyber.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Blog hebat tuan telah dipautkan di aloqlaloq.blogspot.com.. Tk

    BalasPadam
  3. Mohon link KLXpress.com.my dalam blog tuan

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.