Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda?
Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan
dan mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub magnet yang
sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?
Mungkin persoalan ini yang
menjadi tanda tanya pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari apakah
punca dan sebab kenapa ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel kami
kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.
Kurang keyakinan diri
Mungkin
ya anda kata anda cantik, tetapi adakah anda yakin yang diri anda
cantik? Bagaimana kalau ada seorang lelaki kutuk kata, ?macam ni cakap
cantik? muka banyak jerawat ada la! dah la gemuk!?. Adakah anda akan
tetap cakap diri anda cantik jugak?
Jika anda kata ?Ya!?, bagus!
Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. Tetapi jika anda cakap
?Tidak!?, sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata ?Ya!?
dan yakin cakap diri anda cantik.
Sesetengah lelaki saje nak test
adakah anda ini yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda cepat
mengalah dan cepat down, mereka lagi suka mentertawakan anda. Mereka
lagi suka mengejek dan memalukan diri anda.
Tetapi jika anda
yakin pada diri sendiri, berkata ?Ya!? walaupun dikutuk, mereka akan
rasa tergugat. Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda. ?Aku
dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? Giler ke ape??
Jangan
peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin pada diri anda sendiri.
Abaikan segala lalat dan langau yang cuba melemahkan keyakinan diri
anda.
Anda tidak cool
Owh?lelaki sangat tidak suka
perempuan yang cepat marah, melenting dan merungut. Bagi lelaki ianya
seperti anda ini seorang yang mengada-ngada dan gedik. Cerewet pun ye
jugak.
Anda perlu bersikap matang dan lebih keperempuanan. Lelaki
suka perempuan yang lemah lembut dan rilek sepanjang masa. Jangan kelam
kabut. Anda seorang perempuan dan perlu nampak cool apabila berhadapan
dengan lelaki.
Buat apa anda nak marah-marah di hadapan lelaki?
Nak menunjukkan yang anda lagi hebat daripada mereka? Nak menunjukkan
yang anda lebih dominan? Oh! Itu sangat menggugat ego seorang lelaki.
Memang sah-sah lelaki akan menjauhkan diri dari anda. Bagi mereka, anda
ini seorang yang poyo!
Penampilan diri yang tidak menarik
Anda
mungkin seorang yang yakin pada diri sendiri dan cool dalam perwatakan.
Tetapi sayangnya penampilan diri anda tidak menarik. Pakaian anda
compang camping, selekeh dan tidak terurus.
Lelaki tidak berminat
untuk mendekati perempuan yang tidak menjaga penampilan. Sedangkan diri
sendiri tidak terjaga, bagaimana pula perempuan akan dapat menguruskan
suami mereka nanti? Mungkin itu yang ditanya dalam hati seorang lelaki.
Semua
orang inginkan pasangan yang cantik dan menarik. Jika anda sendiri pun
tidak suka pada lelaki yang tidak menjaga penampilan, begitu juga dengan
mereka.
Jadi hiasi diri anda dan tunjukkan yang anda mempunyai
penampilan yang ceria, menarik dan terurus. Terutama sekali dari aspek
pakaian. Mekap tak mekap, lelaki tak amik kisah sangat. Yang penting,
pakaian yang dipakai itu memikat hati mereka dan tidak semestinya kena
pakai seksi-seksa untuk memikat ye?
1 comments:
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Blog saudara sudah dipaut di laman blog saya. Terima kasih n salam perjuangan.
BalasPadam