Selain dari faktor filem yang kerap menayangkan adegan hisap rokok, ibubapa di rumah juga turut menjadi peyumbang kepada peningkatan anak remja hari ini merokok.
Apa yang dapat kita lihat hari ini, bukan sahaja remaja lelaki gemar menghisap rokok, malah remaja perempuan juga sudah berani menghisap rokok di tempat terbuka.
Ini semua salah siapa?
New York: Remaja yang menonton terlalu banyak filem dengan watak perokok
boleh terpengaruh dan menjadi perokok dengan sendiri, kata sekumpulan
penyelidik dalam satu kajian terbaru mereka.
Ketua penulis laporan berkata, keputusan itu menyokong idea bahawa
merokok, kelakuan tidak sopan atau keganasan yang sering dikaitkan dalam
sesetengah filem mampu mempengaruhi tabiat remaja.
“Filem dengan watak perokok memberi kesan buruk jika ia sebuah filem
yang boleh ditonton remaja berusia 13 tahun dengan pengawasan ibu bapa
(PG-13), berbanding filem kategori R (untuk remaja 17 tahun ke atas).
“Lebih banyak remaja melihat cara merokok menjadikan mereka
dilihat seperti bintang filem,” kata Dr James Sargent, dari Sekolah
Perubatan Giesel, di Dartmouth Lebanon, New Hampshire.
Sargent dan rakannya mengira berapa kali sesebuah watak dilihat
merokok dalam setiap lebih 500 filem pecah panggung sejak beberapa tahun
lalu.
Mereka kemudian melakukan soal jawab terhadap 6,500 kanak-kanak di
Amerika Syarikat berusia 10 hingga 14 tahun yang dipilih secara rawak
bagi 50 filem ditonton mereka.
Purata adegan merokok dalam filem adalah 275 adegan dari filem
dengan kelas PG-13 dan 93 dari filem R, kata penyelidik berkenaan dalam
laporan mereka di Pediatrics.
Temubual dengan kanak-kanak yang menonton filem sarat adegan merokok untuk memilih tabiat mereka sendiri.
Bagi setiap 500 adegan merokok tambahan dilaporkan dalam kajian
awal, remaja terbabit berkata, sebanyak 33 hingga 49 peratus cuba meniru
sepanjang dua tahun lalu.
Kesan terhadap adegan merokok tidak penting berbeza bagi filem PG-13
dan R. Kumpulan Sargent menganggarkan bahawa jika secara automatik
sesebuah filem adalah kelas R, bilangan remaja yang cuba merokok menurun
sebanyak 18 peratus. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.