TPM Lihat Sendiri Dokumen Derma AS$700 Juta Dari Timur Tengah

zahid-hamidi-derma

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu ucapanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sri Gading di Parit Raja di sini, menafikan sekeras-kerasnya bahawa wang derma bernilai AS$700 juta yang dipindahkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Dalam ucapan beliau, Naib Presiden Umno itu memberitahu wang tersebut datang  daripada keluarga tertentu di Timur Tengah dan disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelakkan perhatian yang tidak diingini.

Dr Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sejumlah AS$100 juta diberikan dalam bentuk cek di bawah nama Najib manakala baki wang telah diberikan melalui saluran lain.

Beliau berkata tidak ada satu sen pun wang diambil dari KWSP kerana beliau sendiri melihat dokumen derma itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak menjadi 'pemimpin bermusim' yang hanya pergi turun padang ketika pilihan raya atau menjelang pilihan raya umum.

Katanya, pemimpin Umno terutamanya mereka yang berada di peringkat bahagian dan cawangan perlu berada di lapangan pada setiap masa.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. bnyk citer kelakar sejak kebelakangan ni...tk larat dh nk gelak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak larat nak gelak..boleh cuba menangis plak

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.