Kesungguhan Pemain Dan Sokongan Jitu Penyokong JDT Akhirnya Terbalas - MB Johor

khaled-nordin-jdt

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super musim 2015, malam Sabtu.

Beliau berkata dengan kejayaan itu, maka kesungguhan, semangat berpasukan serta sokongan jitu penyokong pasukan itu, kini terbalas.

Menerusi satu kenyataan, beliau berharap agar kejuaran ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Selatan untuk terus menempa lebih banyak lagi kemenangan pada masa akan datang.

Biarpun kalah 2-1 kepada Felda United pada pada perlawanan terakhir liga malam Sabtu, JDT mempertahankan kejuaraan dengan mengumpul 46 mata selepas 22 perlawanan, kelebihan dua mata daripada pencabar terdekat Pahang.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. tahniah kepada trengganu kerana berjaya mengalahkan pahang, sehingga jdt yang tewas kepada felda united boleh kekal menjadi pendahulu liga dan menjadi juara liga super. jika bukan kerana trengganu mengalahkan pahang, mana mungkin jdt menjadi juara? kesilapan pahang dan jdt ialah memandang rendah pasukan lawan yang akhirnya memakan diri. jdt kalah, pahang kalah, tetapi satu menjadi juara satu lagi menjadi naib juara. berbanding selangor, menempatkan diri di tangga ketiga adalah atas usaha sendiri menang di tempat lawan. tahniah juga kepada selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau apa pun hakikatnya..bola itu bulat..Terima kasih kerana sudi menyatakan pandangan di ruangan ini..

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.