Orang Luar Tak Melabur Jika 1MDB Tak Untung - Najib

najib-qatar-1mdb

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Qatar tidak akan berani melabur dalam aset-aset milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) jika syarikat berkenaan (1MDB) tidak mampu menjana keuntungan jangka panjang yang tinggi.

Beliau berkata, ia membuktikan aset yang dimiliki 1MDB mempunyai nilai yang tinggi dan sekali gus menafikan syarikat tersebut tidak mempunyai potensi untuk diselamatkan.

"Baru-baru ini saya jumpa Emir of Qatar dan beliau kata berminat untuk melabur dalam aset-aset milik 1MDB. Ini kerajaan Islam sendiri yang berminat.

"Kalau orang kata aset (1MDB) tak ada nilai, orang pun tak nak melabur. Mereka (Qatar) melihat aset ini boleh menjana keuntungan jangka panjang yang besar," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian persidangan perwakilan Umno bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lubok Jong di sini, Sabtu.

Kira-kira 20,000 masyarakat tempatan dan perwakilan Umno bahagian itu menghadiri majlis itu.

Pada 31 Julai lepas, Najib menghadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani di ibu negara bagi membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Qatar.

Emir Qatar berada di ibu negara ketika itu untuk menghadiri Persidangan ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada perjumpaan itu juga, Najib dipetik sebagai berkata Emir Qatar itu turut menyatakan Qatar Investment Authority berminat untuk melihat aset 1MDB dan membeli tanah di projek Bandar Malaysia.

Najib turut mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa segala perkara berkaitan 1MDB terutama hutang yang ditanggung oleh syarikat itu akan mampu dikurangkan pada hujung tahun ini menerusi program yang dirangka dalam tempoh enam bulan.

"Beri masa dalam tempoh enam bulan sehingga hujung tahun ini, saya yakin kita (kerajaan) akan selesaikan (masalah 1MDB). Hutang kita akan selesai ikut jadual. Siapa yang berniaga tak berhutang," katanya.

Sebelum ini, 1MDB dilaporkan mempunyai aset bernilai RM51.4 bilion dan hutang RM42 bilion.

Mengenai dana politik sebanyak RM2.6 bilion itu pula, presiden Umno itu sekali lagi menegaskan beliau tidak melanggar undang-undang dan tidak merampas hak rakyat sebagaimana yang didakwa segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

"Yang penting saya tak langgar undang-undang dan tidak merampas hak rakyat. Apa salahnya saya bantu parti untuk kemenangan. Jangan cepat nak aibkan orang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata setiap pemimpin dan anggota parti perlu mempunyai kesetiaan dan disiplin bagi mengekalkan perpaduan dalam parti itu untuk menempuh pelbagai cabaran yang melanda.

"Dalam perang Uhud, ada pejuang yang tak ikut arahan Rasulullah SAW hingga menyebabkan umat Islam kalah. Kalau (pemimpin dan anggota parti) ada disiplin, kita boleh tempuh 1,001 cabaran.

"Kita ada masalah sikit, ada orang nak tebuk kapal...di mana kesetiaan kita kepada parti. Saya boleh ditegur, tapi tegurlah secara beradab," katanya. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. toksah laa..dok compare ngn rasullallah cik....kepimpinan rasul lgu mana..hang lagu mana

    BalasPadam
  2. TANAH yg dijual. mmg ramai la yg berminat. Lagipun tempat strategik.

    Setakat beli tanah kerajaan dgn harga RENDAH, lepas tu jual dgn harga TINGGI. Apa yg nak dibanggakan?

    Menjana pendapatan dgn menjual aset yg sgt berharga "TANAH AIRku", mudah2 mendabik dada kata hebat berniaga. Tun Abd Razak tidak menjual TANAH pd org luar utk bantu rakyat, jana pendapatan negara. Tapi TAR MAJUkan tanah dgn bantuan rakyat utk bantu rakyat n jana pendapatan negara. Itu barulah tindakan yg boleh diBANGGAkan.

    Anak-Bapa, bagai Langit-Bumi.

    BalasPadam
  3. assalam. Bagaimana caranya agama mengajar kita berhadapn dgn pemimpin yg bukan Negara Islam. ADAKAH IA BERBEZA? ajaran agama apakah yg kita ikut sekarang ini dlm mendepani pemimpin yg agamanya islam? PKR- memusuhi UMNO kerana mahu musnahkn syiar Islam, DAP- memusuhi UMNO kerana mahu menguasai ekonomi & politik Malaysia, PAS - memusuhi UMNO kerana x mahu iktiraf islam yg dilaksanakan oleh saudara seagama. Kami bukan memushi anda(PR) tetapi jalan yg anda pilih adalah salah disisi ISLAM & undang2...anda x layak jd pemimpin di sini (MALAYSIA)

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.