Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak gesaan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak secara peribadi untuk berbincang dan sebaliknya menggesa Najib tampil secara terbuka membuktikan dana 1MDB tidak hilang.
"Saya tidak fikir kita boleh menyelesaikan masalah di mana wang 1MDB melalui pertemuan empat mata.
"Najib boleh menyelesaikan ini dengan membuktikan, tanpa sebarang keraguan yang munasabah, bahawa tiada wang telah hilang dari RM42 bilion yang dipinjam," kata Mahathir dalam blognya hari ini.
Ahad lalu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar), yang juga Ketua Pemuda Umno, mencadangkan pertemuan empat mata antara Najib dan Mahathir bagi menyelesaikan perbezaan antara mereka.
Bagaimanapun, Mahathir berkata bukan beliau sahaja yang ingin tahu apa yang telah berlaku kepada pinjaman yang besar itu oleh syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
"Sebenarnya terdapat banyak soalan yang perdana menteri boleh jawab, bukan kepada saya tetapi kepada orang ramai.
"Wang itu bukan milik saya seorang saja. Dari soalan yang ditanya oleh ramai orang, mereka ingin tahu di mana wang mereka," kata Mahathir.
Mahathir kemudiannya menyenaraikan beberapa soalan yang menurutnya Najib perlu menjawab kepada orang ramai.
"Niat 1MDB, saya anggap, adalah untuk buat duit untuk kerajaan. Tunjukkan berapa banyak keuntungan yang kerajaan telah dibuat sejak 2009.
"Kenapa anda perlu meminjam wang untuk membayar faedah ke atas hutang? Mengapa tidak boleh saham loji kuasa disenaraikan?
"Mengapa 1MDB bayar hanya RM60 hingga RM90 bagi tanah kerajaan yang kini mahu dijualnya pada harga RM2,000 hingga RM4,000 bagi setiap kaki persegi?" katanya.
Dan kini, katanya, tanah itu yang dibeli oleh Tabung Haji (dari 1MDB) telah dijual kepada rakyat Indonesia dengan kerugian.
"Kerugian akan ditanggung oleh jemaah haji," katanya.
Mahathir berkata ini melibatkan dana awam kerana 1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan.
Oleh itu, katanya, pihak berkuasa berkaitan perlu memastikan syarikat berkenaan dibertanggungjawabkan.

Dah tua tua macam ni pun nak main duit, nak menghasut orang lain membenci kerajaan yang pernah satu masa dulu dia ketuai.
BalasPadamLambakkanlah duit itu depan dia, biar dia sibuk kira sehelai demi sehelai sampai malaikat maut sampai....
Anon 6:38
BalasPadamKo ingat orang lain gampang macam ko, nak cekik duit je? Tun M suruh tunjuk setiap sen pegi ke mana laaa, bahalol...
Otak macai Najib ni taraf apa yer.Dia ada baca dan faham atau otak tak pakai langsung.
BalasPadamReleks..jgn emo-emo sangat..
BalasPadam