Dato Narander Singh Jadi 'Kabel' Anwar Dalam Penjara?

penjara-sungai-buloh-anwar

Pada 25 Februari lalu, Azmin Ali telah melakukan lawatan ke atas Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh dengan menggunakan 'kabel' bernama DATO NARANDER SINGH, yang berjawatan Timbalan Komisioner Penjara. Sekaligus lawatan tersebut telah melanggar peraturan penjara yang menyatakan banduan baru hanya dibenarkan dilawati oleh ahli keluarga sekali dalam tempoh 4 minggu sahaja.

Anwar mula dimasukkan ke penjara pada 10 Februari 2015.

Azmin Ali bukanlah ahli keluarga Anwar Ibrahim dan lawatan oleh ahli keluarganya telah dibuat pada 13 Februari 2015. Sepatutnya sehingga 7 Mac, tiada sebarang lawatan lagi untuk Anwar Ibrahim.

Difahamkan, selepas pertemuan dengan Azmin Ali, Narander Singh bersetuju untuk menempatkan Anwar Ibrahim ke dalam sel 'istimewa' yang dikhaskan untuk pesakit yang menjadi tempat kediamannya sewaktu menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya. Sel tersebut lebih luas dan lebih privasi manakala sel-sel biasa yang menempatkan Anwar Ibrahim sekarang berkeluasan 12 x 8 kaki.

Dalam sel 'istimewa' itu, Anwar akan dibekalkan dengan katil, kerusi, meja, televisyen, bahkan besar kemungkinan juga telefon bimbit sebagaimana yang diperolehinya dahulu. Sekaligus menepati sebagaimana yang didesak oleh para peguam dan ahli keluarganya.

anwar-ibrahim-dipenjara-5-tahun

Sedikit rentetan peristiwa yang agak menarik untuk diperhatikan dan dinilai membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh selepas Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara itu.

Pada 24 Februari 2015,kakitangan penjara telah bersetuju lampu jalan di hadapan penjara dimatikan dan dawai berduri atau penghadang untuk peserta candle night vigil dianjakkan 5 meter ke hadapan dari tempat asal, menjadikan jarak lebih kurang 35 meter dari pintu pagar utama penjara. Sekaligus mewujudkan ruang yang sempit untuk peserta candle light vigil berhimpun.

25 Februari, Azmin Ali datang ke Penjara Sungai Buloh dan bermesyuarat dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh.

Hari yang sama, iaitu pada sebelah malam, dawai berduri atau penghadang telah dianjakkan ke tempat asal iaitu 5 meter ke belakang dari jarak yang telah dipersetujui sehari sebelumnya. Sekaligus mewujudkan ruang yang lebih luas untuk para peserta nyalaan lilin berhimpun.

azmin-sg-buloh-prison

Ada beberapa isu yang membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh ini yang boleh dipertikaikan, termasuklah pengurangan kawalan keselamatan di pos pengawal di mana di hadapan pos pengawal tersebut terdapat sebuah pondok yang membolehkan pihak keselamatan membuat pemantauan.

Awal tahun 2015, seorang penolong pengarah berbangsa Melayu telah ditukarkan kerana tidak sebulu dengan pengarah Penjara Sungai Buloh ini. Menurut cerita, Narander tidak membenarkan daging lembu dibawa masuk ke kawasan penjara. Penolong Pengarah tersebut pula seorang yang mesra dengan kakitangan dan sering mengadakan kenduri atau majlis makan-makan di surau penjara.

Persoalannnya, apakah justifikasi yang dibuat oleh Narander Singh dalam memberikan keistimewaan dan membuka ruang sebesar-besarnya kepada para penyokong Anwar Ibrahim? Adakah dia akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini membabitkan rusuhan dan pecah masuk ke penjara tersebut menerusi tindakannya memberikan ruang itu kepada Anwar dan para penyokongnya?

Atau adakah ini merupakan salah satu daripada polisi Penjara Sungai Buloh yang mana Pengarahnya boleh berbuat sesuka hati dengan melanggar peraturan penjara semata-mata kerana salah seorang banduan di penjara tersebut adalah Anwar Ibrahim?

Apa hubungan Anwar Ibrahim dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh sehingga mewujudkan hubungan yang cukup istimewa itu?

Ada mana-mana pihak yang boleh memberikan jawapan atau penafian terutama sekali berhubung layanan istimewa yang bakal diberikan kepada Anwar?

Share on Google Plus

About Unknown

4 comments:

  1. Penjara Sg Buloh dah jadi macam Penjara Nusakambangan di Indon waktu Tommy anak Suharto kena penjara.....special treatment

    BalasPadam
  2. Inilah sebabnya Anwar beriya2 mahu masuk penjara Sg. Buloh..ada kabel org dalam supaya senang nak deal dgn org luar..SPRM perlu siasat hal ni

    BalasPadam
  3. Singg=h akan bergabung dengan Singh, apakah kita masih ingat siapa tokbomoh singh yang sering melakukan mentera di mahakamh sewaktu perbicaraan berjalan , apakah pula hubungan antara tokbomoh ini dengan dato narider, mereka adalah singh. engkau cium akau , aku cium engkau

    BalasPadam
  4. sebelum menjadi isu lebih baik ditukarkan timbalan komisioner penjara dia pun baru timbalan mana gi pengarahnya?

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.