Gerakan menggesa peniaga menurunkan harga barangan dan
perkhidmatan berikutan penurunan harga minyak mulai semalam (1 Januari)
seperti diumumkan oleh kerajaan.
Naib Presiden Gerakan, Datuk A Kohilan Pillay dalam satu kenyataan hari ini berkata sudah tiba masanya untuk semua peniaga dan ahli perniagaan memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menurunkan harga barangan seiring dengan penurunan harga bahan api.
"Apabila harga minyak naik, kebanyakan perniagaan cepat untuk menaikkan harga tetapi apabila harga bahan api diturunkan, harga barangan tidak dikurangkan dengan sewajarnya.
"Harga minyak mentah global dijangka kekal rendah untuk tempoh yang panjang dan dengan sistem apungan yang dilaksanakan, sudah tiba masanya pengusaha perniagaan memenuhi tanggungjawab sosial mereka," kata Kohilan yang juga bekas timbalan menteri.
Beliau juga menggesa rangkaian pasar raya utama di negara ini untuk memulakan kempen penurunan harga dan bertindak untuk kepentingan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.
Rabu lepas, kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak 35 sen seliter, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, berkuat kuasa 1 Jan 2015.
Dalam pada itu, harga runcit diesel juga diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter. - Bernama

kalau nak turun harga barang kena buat penguatkuasaan yang ketat seluruh negara... tak sempat nak check semua kot...
BalasPadam