Pemuda UMNO Mahu Akta Hasutan Dikekalkan

khairy-jamaluddin-isa

Jika Akta Hasutan 1948 dipinda atau ditambah baik, kerajaan perlu mengekalkan terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelakuan menghasut.
  
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, terma tersebut merupakan kuasa dan perisai tempat berlindung bukan hanya untuk orang Melayu, tetapi untuk semua rakyat Malaysia.
  
"Jika ada yang melangkaui batas menghina bangsa atau Raja-raja Melayu, Pemuda mendesak agar mereka cepat-cepat didakwa. Sementelah itu, jika ada yang menghina atau mencerca kaum lain, kita juga harus jadi barisan pertama yang mengasak agar mereka itu dikenakan tindakan.
  
"Walau apapun akhirnya Akta Hasutan ini, walau apapun nama baharu yang diberi, kita mahu kuasa yang ada dalam akta ini dikekalkan dan jadi perisai untuk semua. Kerana percayalah, tanpa perisai ini negara kita pasti hancur," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno bertajuk 'Melayu' pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2014, di sini hari ini.
  
Beliau berkata, bagaimanapun Akta Hasutan bukanlah semata-mata tempat bergantung, sebaliknya pendirian semua perlu mantap dan komited dalam mencorak fabrik perpaduan nasional.
  
Menyentuh mengenai bahasa kebangsaan, Khairy berkata masih ramai yang tidak mampu bertutur dalam bahasa itu terutama mereka yang memilih sekolah vernakular.
  
Katanya, sekolah vernakular boleh diteruskan, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan nasional pertiwi dengan penguasaan bahasa rasmi negara itu.
  
"Pastikan murid-murid sekolah vernakular fasih dalam bahasa kebangsaan. Jadilah sebahagian daripada proses integrasi, jangan jadi masyarakat yang tersisih," katanya.
  
Katanya, walaupun mungkin ada sedikit suara yang mempersoal kewujudan sekolah vernakular, tetapi kepimpinan Umno sudah lama menerima aliran ini yang telah terpateri dalam undang-undang negara.
  
Beliau berkata, status sekolah vernakular tidak boleh diubah oleh sesiapa, malah dalam pembentangan belanjawan tahunan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, tegar memberi peruntukan khas untuk sekolah-sekolah vernakular. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Kata di kota...jangan di sini cakap lain ...sana pendirian lain.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.