Peguambela Setuju DNA Lelaki Y Sepadan Dengan Anwar Ibrahim

anwar-lelaki-y

Pembelaan hari ketiga perbicaraan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan lebih merujuk kepada beberapa isu sampel DNA yang dicemari Lelaki Y.

Peguam Ramkarpal Singh berkata, kemungkinan ada lagi penyumbang kepada sampel DNA itu.

Tambah beliau, ahli kimia tidak melaporkannya walaupun jumlah yang ditemui mencukupi untuk membuat laporan berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia.

"Ini adalah isyarat kecemasan, boleh saya tujukan kepada semua ahli sains," jelas Ramkarpal ketika menggulung hujahnya.

Katanya, Mahkamah Rayuan sendiri terlalai kerana tidak mengambil kira pihak pendakwaan yang tidak mempunyai hujah dalam bantahan terhadap pencemaran itu.

Pada Rabu, pembelaan berhujah bahawa profil DNA Lelaki Y dalam kes Liwat II bukan milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Sangeet Kaur Deo berkata, tiada keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan liwat pada identiti Lelaki Y.
Beliau berhujah bahawa profil DNA diperolehi dari tiga barang- berus gigi, tuala Good Morning dan sebotol air mineral - yang dirampas dari Anwar selepas beliau ditahan semalaman di sel Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Sangeet berkata, dalam kes pendakwaan, DNA yang ditemui pada barang-barang dari sel itu sepadan dengan DNA yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Namun tidak ada bukti DNA itu milik siapa. Jadi mereka meletakkan Lelaki Y. Persoalannya siapakah Lelaki Y itu?" katanya yang menolak dan menganggap mustahil Lelaki Y itu dikaitkan dengan Anwar.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti mengenai integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful Bukhari.

Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel itu boleh terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

oh-in-hye-omg
OMG! Klik sini
Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan itu terkhilaf  apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan.   

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.40 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dan ini kes liwat kedua terhadap Anwar.
Share on Google Plus

About Jering Daily

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.