Harun Din Beri Signal PAS Akan Keluar Pakatan

harun-din-pas

Ulama tersohor PAS yang juga seorang hafiz al-Quran, Haron Din hari ini memberi signal kepada ahli parti itu bahawa tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalin bersama DAP dan PKR untuk menghancurkan UMNO selama ini perlu dikaji semula.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu menyamakan tahaluf syiasi yang dijalin itu seperti sebuah perkahwinan yang pada bila-bila masa sahaja boleh bercerai sekiranya salah seorang (PKR, DAP & PAS dalam rumah tangga (Pakatan Rakyat) melanggar syarat dan rukun yang ditetapkan dalam Islam.

Menurut Harun Din, sekiranya tahaluf telah dicalari di mana syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian bersama ketiga-tiga parti dalam Pembangkang itu dilanggar, maka ulama perlu menimbangkan semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ketika berucap berucap pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53, pemilik pusat rawatan Islam Darul Syifa itu turut menjelaskan sekiranya kerjasama yang dijalin bersama DAP dan PKR itu menguntungkan Islam, ia perlu dipertahankan.
dada-bertemu-buah-dada
Siapakah pasangan ini? Klik foto
Dalam ucapanya, Haron Din turut mengingatkan ahli PAS bahawa konsep tahaluf berlaku dengan nasihat ulama sebagai benteng untuk mempertahankan parti dan kepimpinanya supaya tidak tergelincir dari matlamat asal penubuhan parti Islam itu.

Gesaan supaya PAS mengkaji semula kerjasama mereka dengan Pakatan Rakyat kembali diperkatakan susulan krisis politik membabitkan isu menteri besar Selangor.

Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Bagi signal saja lah sampai ke sudah....PAS ni kan 'NATO' - No Action Talk Only......last2 jadi keldaian P'Gay'R dan DAPpigs....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat mcm mana..dah itu sahaja yang PAS mampu lakukan..

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.