Tidak Setuju Anwar Lantik Isteri Jadi MB Sila Keluar Parti - Rafizi

rafizi jelir lidah

Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang hampir tewas pada pemilihan parti itu baru-baru ini telah mengingatkan, mana-mana ahli yang tidak 'wala' kepada Anwar Ibrahim dalam isu perlantikan isterinya, Wan Azizah sebagai Menteri Besar (MB) Selangor, boleh keluar daripada parti sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Rafizi dalam ucapan penggulungan hari terkahir Kongres PKR hari ini turut melabelkan ahli parti yang masih lagi menyokong kepimpinan MB Selangor, Khalid Ibrahim dan menyalahkan Anwar Ibrahim kerana menjadi punca segala kekalutan yang berlaku di Selangor sekarang sebagai 'barua' Umno.

Menurut Rafizi, sekiranya Umno dan BN menyalahkan Anwar Ibrahim dalam kemelut perebutan jawatan MB Selangor adalah perkara biasa. Tetatpi sekiraya ada ahli PKR sendiri melakukan perkara sedemikian ia dianggap sama seperti bersekongkol dengan BN dan merupakan satu bentuk  pengkhianatan yang nyata.

Ahli Parlimen Pandan itu juga turut menyelar ahli PKR yang mendakwa parti politik milik anak beranak Anwar Ibrahim  mengamalkan nepotisme dan kronisme ekoran tindakan Anwar Ibrahim yang bertegas mahu mecalonkan isterinya sendiri sebagai MB Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

heliza helmi jilboobs
Heliza Helmi bergaya dengan fesyen 'Jilboobs'. Klik foto

Dalam sesi penggulungan hari ini, Pengarah Starategi PKR itu menjelaskan bahawa amalan Nepotisme yang diamalkan dalam parti adalah 'halal' kerana kesemua pimpinan tertinggi parti dipilih secara demokrasi. Rafizi juga mecabar ahli PKR yang tidak setuju dengan amalan Nepotisme dalam parti supaya bertanding merebut jawatan.

Diakhir ucapanya, Rafizi turut memberi peringatan kepada Khalid Ibrahim supaya berundur dari jawatan MB Selangor yang dipegangnya sekarang demi menghormati suara rakyat. Selain itu Rafizi juga turut memberi amaran bahawa PKR tidak akan teragak-agak  untuk membuka lebih banyak aib berkenaan MB Selangor itu sekiranya Khalid masih berdegil dan meneruskan rancanganya menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan persetujuan untuk membubarkan dewan (DUN).
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Bukalah seberapa banyak aib orang lain wahai rafizi. Janji Allah benar. Akan terbuka aib kamu sebagaimana kamu membuka aib orang lain. Silakan kalau berani...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah tak kenal dosa dan pahala, apa sahaja sanggup dilakukan asalkan matlamat politik bosanya tercapai.

      Lagi satu, kerja membuka aib orang ni sememangnya tugas seorang pengarah strategi seperti Rafizi...tak gitu!

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.