Adun Ijok Dipilih Sebagai Calon 'Backup' MB Selangor

adun-ijok-Idris-Ahmad

Akhirnya setelah PAS memutuskan bahawa mereka tidak akan menyokong Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim, KETUM PKR, Anwar Ibrahim tidak ada nama lain yang boleh disuakan lagi kecuali ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad.

Dr. Idris Ahmad diyakini dapat melembutkan hati PAS berbanding Wan Azizah. Bagaimanapun, satu masalah lain pula dikatakan timbul dan memeningkan Anwar Ibrahim.

Masalah tersebut ialah, pihak istana seringkali meminta tiga nama. Sedangkan Anwar Ibrahim selagi boleh enggan memberikan nama lain kerana nama tunggal merupakan kelebihan kepadanya untuk berbuat apa-apa sahaja di Selangor, termasuklah merompak kekayaan Selangor untuk kepentingan dirinya.

Motif utama Anwar Ibrahim di Selangor adalah MEROMPAK atas nama kuasa!

Difahamkan sebelum ini, nama Wan Azizah dan Dr. Idris telah diusulkan kepada DYMM Sultan Selangor tetapi baginda tidak memperkenankan nama kedua-duanya. Alasan bagaimanapun, tidak diberikan tetapi DYMM Sultan Selangor diandaikan bimbang Selangor bertambah kucar-kacir di bawah pentadbiran boneka Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim gagal mempergunakan Khalid Ibrahim untuk kepentingan dirinya. Walaupun pada peringkat awal, Anwar berjaya tetapi selepas penggal kedua, Khalid Ibrahim mula mengambil langkah-langkah penting mempertahankan Selangor daripada dirompak dan dimufliskan oleh nafsu serakah Anwar Ibrahim.

Apa pula yang akan dilakukan oleh KETUM apabila nama Dr. Idris Ahmad juga ditolak kerana istana Selangor memerlukan tiga nama untuk dibuat pilihan?

Adakah Anwar Ibrahim akan memulakan revolusi menggulingkan DYMM Sultan Selangor sepertimana yang cuba dilakukannya dalam beberapa isu yang membabitkan Perlembagaan iaitu semenjak dia berada di dalam UMNO lagi? 

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.