Keadaan Kesihatan Adun PAS Hulu Klang, Saari Sungib Masih Stabil?

Saari-Sungib-ijn

Sejak malam tadi kecoh di media sosial dan juga laman blog melaporkan berita mengenai prihal Adun Hulu Klang, Saari Sungib yang didakwa  telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur apabila mengadu sakit dada.

Menurut sumber, Adun PAS mengadu sakit dada dan sesak kepada isterinya, Aliza bte Jaafar di rumah mereka, di Taman Sri UKAY, Hulu Kelang sebelum dikejarkan ke IJN. Saari yang kini berada di wad IJN bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Memetik beberapa kenyataan yang dibuat oleh pengguna laman sosial, mendakwa musibah yang melanda Adun Hulu Klang itu berpunca dari kesan baiah yang pernah dilafazkan beliau agar terus setia bersama PAS sebelum dipilih sebagai wakil rakyat semasa menjadi calon Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13).

Baru-baru ini, Saari mendapat kecaman meluas dari kalangan pemimpin dan ahli PAS kerana telah membelakang pendirian parti berhubung isu perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor. Perbuatan kedua-duda Adun PAS itu dianggapa sebagai telah mengkhianati parti dan melanggar sumpah baiah.

Saari bersama seorang lagi Adun PAS Morib secara terbuka telah menyatakan sokongan padu terhadap pencalonan isteri kepada Ketua Umum (KETUM) PKR, Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru.

Pada sidang media itu Saari turut menyatakan, bahawa beliau sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan yang berlaku apabila melanggar arahan parti termasuk kesan dari sumpah baiah yang dibuat sebelum ini.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengingatkan Saari dan seorang lagi ADUN PAS, Hasnul Badaruddin agar menarik kembali sokongan selain patuh kepada ketetapan yang telah dibuat oleh parti berhubung isu berkenaan.

Namun, sehingga artikel ini ditulis masih belum ada pihak tampil membuat kenyataan untuk menafi atau mengesahkan tentang penyebaran berita angin tersebut yang kini masih  berlegar di laman-laman soisal dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS).
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.