Husam Musa Sudah 'Mengembek', Hendak Mengawan di Selangor

husam-kambing-selangor

Adun Salor, Husam Musa yang juga merupakan Naib Presiden PAS melalui surat terbukanya kepada Khalid Ibrahim berhubung isu perebutan jawatan Menteri Besar (MB) di Selangor mendakwa tindakan mengekalkan empat exco dari parti PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang seakan mahu memporak perandakan Pakatan Rakyat (PR).

Khalid Ibrahim diberi amaran supaya tidak meneruskan niat untuk memperalatkan PAS demi kelangsungan politiknya untuk kekal sebagai menteri besar Selangor. Menurut bakal menteri besar Kelantan yang tak jadi, kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat dan bukan kerajaan bebas milik Khalid.

Husam juga menyifatkan tindakan Khlaid Ibrahim mencaturkan 15 Adun PAS untuk menggenapkan bilangan  yang cukup bagi membolehkan pembentukan kerajaan campuran (PAS,UMNO dan Bebas) di Selangor sebagai satu perbuatan tidak bermoral dan terkutuk serta ditentang dalam amalan demokrasi yang mulia.

Dalam surat terbukanya, Husam yang terkenal sebagai pelopor projek Kambing Janapari paling berjaya di Kelantan,  telah meminta Khalid Ibrahim berundur supaya dapat memberi laluan kepada isteri kawan baiknya, Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baru seperti yang dipersetujui oleh PKR dan DAP.

Pada perenggan terkahir tulisanya, Husam mengingatkan Khalid Ibrahim supaya belajar mengira semula kerana dalam situasi yang berlaku sekarang setelah 30 Adun Pakatan menyatakan sokongan terbuka Wan Azizah, adalah amat sukar untuk Khalid mengekalkan kedudukanya.

Memetik tulisan blog Wak Jengkol di sini, menyatakan bahawa Khalid Ibrahim sudah tidak mempunyai pilihan untuk mengekalkan kedudukanya melainkan menteri besar Selangor itu memohon perkenan dari Sultan untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.