Anwar Punca Segala 'Malapetaka' Yang Berlaku di Selangor

tun-m-selangor-mb

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir (Tun M) memberi gambaran bahawa pergolakan politik dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor (MB) tidak akan berkesudahan walaupun Khalid Ibrahim berjaya mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan pilihanraya negeri.

Tun M turut menyifatkan krisis politik yang berlaku di negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai satu sandiwara yang direncanakan oleh Ketua Umum PKR (KETUM), Anwar Ibrahim yang tidak pernah berputus asa untuk merealisasikan impianya menjadi Perdana Menteri (PM).

Ketika diminta mengulas berkenaan kemelut politik yang sedang berlaku di Selangor, Dr Mahathir dalam nada sinis memberitahu para pemberita, sekiranya Anwar Ibrahim diberi peluang menjadi PM dalam  masa satu bulan, nescaya suami kepada calon MB Selangor yang baru itu akan merasa puas. Malah, tidak akan melepaskan jawatan tersebut walau didesak berundur.

Selangor berdepan krisis kepimpinan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim setelah enggan menuruti arahan Anwar Ibrahim supaya meletak jawatan dan memberi laluan pada isterinya yang juga merupakan presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.
Share on Google Plus

About Jering Daily

5 comments:

  1. memang betoooooolll....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum . Saya orang baru dalam dunia blog .
    Tolong share link http://bunyilaangau.blogspot.com/ .
    Terima kasih !

    BalasPadam
  3. ...dan juga malapetaka pada Bangsa Melayu, Islam dan Malaysia....Sueh!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.